Arak tiada lagi di 7-Eleven kawasan Melayu  

SHAH ALAM, 25 Mei: Januari 2011 lalu kecoh tentang isu penjualan arak di 
Selangor dan ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid 
Ibrahim berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik.

Kini, penyelesaian yang dikatakan secara baik itu mula memberikan hasil apabila 
kedai-kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan Melayu tidak lagi menjual 
minuman keras di kedai mereka.

Tinjauan Harakhdaily di Seksyen 8 Shah Alah, minuman keras tidak lagi dijual di 
kedai 7-Eleven kawasan itu. Begitu juga di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kedai 
7-Eleven kawasan ini juga tidak lagi menjual minuman keras.

Ketiadaan minuman keras di kedai ini mula dirasai sejak awal tahun ini iaitu 
tidak beberapa lama selepas kerajaan negeri memaklumkan pihaknya akan 
berbincang dengan rangkaian kedai serbanika tentang hal ini.

Namun di Jalan Pahang Barat, kedai 7-Eleven yang bersebelahan dengan pejabat 
Harakah sendiri, minuman keras masih dijual di situ. Ini kerana kawasan ini 
bukan dikira kawasan penduduk Islam.

Pada tahun 2000, berlaku satu demonstrasi di Bandar Baru Bangi. Demonstrasi itu 
membantah penjualan arak secara yang berleluasa di kedai serbanika khasnya 
7-Eleven di kawasan penduduk Islam itu.

Pada tahun 2006, Penduduk Taman Melati, Gombak juga membuat bantahan yang sama 
apabila mereka membantah jualan arak di kedai rangkaian 7-Eleven itu. (gambar 
bawah)

Bagi mereka, kedai serbanika yang beroperasi 24 jam itu telah menjadi punca 
ketagihan arak di kalangan remaja apabila mereka membeli arak di situ selepas 
tengah malam, ketika tidak ada ramai orang. 

"Kita tidak mahu gunakan kekerasan atau undang-undang dalam hal ini," kata Tan 
Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor selepas mengadakan pertemuan dengan 
para pengusaha kedai serbanika ekoran isu peraturan jualan arak di Majlis 
Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) berbangkit Januari lalu.

Usaha ugar jualan arak dikawal telah dibangkitkan oleh PAS sejak tahun 1990 
apabila parti Islam itu mula memenangi Kelantan.

Ketika umat Islam tidak mahu didedahkan dengan minuman keras, hak penduduk 
bukan Islam dijaga untuk terus mempunyai hak itu. 

PAS Pusat sendiri pada 2009 menggesa Kerajaan Selangor menguatkuasakan larangan 
penjualan arak secara terbuka sepertimana dilaksanakan di Kelantan dan 
Terengganu kerana melibatkan sensitiviti orang Islam.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mengikut garis panduan 
penjualan minuman keras di Kelantan dan Terengganu, ia tidak boleh dibuat 
secara terbuka di kawasan berpenduduk majoriti Islam.

“Setakat ini, kedua-dua negeri itu melaksanakan enakmen melarang penjualan 
minuman keras secara terbuka di kawasan yang majoriti penduduk Islam dan kaedah 
ini berjaya,” katanya pada satu sidang media.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan berpandangan, 
situasi tiada penjualan arak di kawasan majoriti Islam ini hasil rundingan dan 
persefahaman kerajaan negeri dengan pengeluar dan penjual minuman keras.

"Setakat yang kita tengok memang di 7-Eleven kawasan majoriti Islam tak jual 
arak.

"Pemuda melihat ada persefahaman di antara kerajaan negeri dan pihak yang 
terlibat dengan pengeluaran arak ini," kata beliau ketika dihubungi 
Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Umno BN di bawah Dr. Khir Toyo dahulu tidak prihatin terhadap 
sensitiviti umat Islam apabila membiarkan arak dijual secara terbuka di kawasan 
majoriti Islam.

"Pemuda melihat kerajaan BN dahulu tidak mengambil perhatian soal sensitiviti 
masyarakat setempat tapi Pakatan sekarang mengambil berat soal itu dan melarang 
penjualan arak secara terbuka.

"Kerajaan negeri hanya membuat pengawalan kepda orang Islam sahaja, orang bukan 
Islam tak ada masalah," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut bersetuju dengan langkah  kerajaan negeri yang 
menitik beratkan soal pencegahan dan kesedaran mengenai bahaya arak.

"Pemuda menyokong segala program kesedaran mengenai keburukan arak dan semua 
pun tahu dalam keadaaan masyarakat kita, banyak keburukan berpunca daripada 
minum arak," katanya.

Dalam pada itu kerajaan negeri pada Januari lalu juga mengumumkan peruntukan 
RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan arak mencari 
pekerjaan alternatif.

“Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan 
untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan 
perniagaan.

“Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, 
jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain,” kata exco kerajaan 
negeri, Yaakob Sapari.

Langkah ini sebagai satu cara membantu orang Islam mengelakkan diri daripada 
terus bekerja di premis pembuatan arak secara berperingkat-peringkat.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3471-arak-tiada-lagi-di-7-eleven-kawasan-melayu
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke