‘Kami nak tahu apa status kes Sarbaini’

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed mahu polis 
mendedahkan perkembangan terbaru hasil siasatan kematian penolong pengarah 
Kastam Diraja Malaysia itu dua bulan lalu. Ini kerana, menurut sumber yang 
rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini, sehingga kini masih tiada perkembangan, 
menyebabkan keluarga itu tertanya-tanya status sebenar hasil siasatan tersebut.

Tambah sumber itu, perkembangan terakhir yang diketahui pada 4 Mei lalu di mana 
kertas siasatan kematian Ahmad Sarbaini akan dihantar semula ke Jabatan Peguam 
Negara.

“Kami nak tahu apa status terkini sekarang, kami tertanya-tanya apa yang 
berlaku dan perkembangan kes ini.

“Saya sendiri tertanya-tanya apa status kes ini sekarang, sebab saya lihat 
macam tidak ada apa-apa yang berlaku... senyap begitu sahaja,” katanya kepada 
The Malaysian Insider.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui 
mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan Suruhanjaya Pencegahan 
Rasuah Malaysia (SPRM) setelah dilapor pergi ke pejabat itu untuk bertemu 
pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai 
Kastam.

Bapa lima anak itu meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala 
selepas jatuh dari bahagian tinggi bangunan SPRM di Jalan Cochrane, 6 April 
lalu.

Tegas sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini bimbang jika polis masih berdiam diri 
dalam perkara itu. lama-kelamaan ia akan “hilang” begitu sahaja.

“Sebab itu kami mahu polis dedahkan perkembangan terkini dalam kes ini, jangan 
senyap sahaja,” katanya.

“Polis buat macam tak tahu sahaja, yang paling kasihan kami sekeluarga sebab 
masih menanti perkembangan terbaru,” kata anggota tersebut.

Jelasnya, keluarga Ahmad Sarbaini sudah tidak mahu menunggu lagi dan mahu 
mengetahui perkembangan hasil siasatan dengan segera.

“Kami nak tahu apa yang berlaku, apa status... jangan senyap macam ini.

“Jangan biarkan kami tertanya-tanya, nak kami tunggu sampai bila? Sudah hampir 
dua bulan sejak kejadian, tak akan tiada apa-apa perkembangan?” katanya.

Balu Ahmad Sarbaini telah membuat satu laporan polis berhubung kes ini kerana 
terdapat kesangsian ketika berbual dengan salah seorang pegawai kanan Kastam.

Maziah Manap dalam laporannya awal bulan ini mendakwa bahawa pegawai yang 
dinamakannya - Ghani - telah memberi gambaran kepadanya bahawa salah seorang 
kakitangan bawahan terlibat dalam kes berkenaan.

Sumber : 
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keluarga-kami-nak-tahu-apa-status-kes-sarbaini/
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke