Nampaknya semua syarikat penjual kereta terpakai serta individu yang ingin 
menjual kereta sendiri lepas ni akan sokong Pakatan Rakyat. Makin lama kerajaan 
Umno BN ni menyusahkan peniaga dan rakyat untuk menjual kereta. Apa jaminan 
kalau periksa Puspakom kadar kemalangan dan kes kecurian kereta akan menurun? 
Apa jaminan dengan peraturan baru ini sifar rasuah di Puspakom?

Berita sebelum ini Umno BN menyusahkan rakyat beli kereta terpakai di 
http://amkns.blogspot.com/2011/05/umno-bn-menyusahkan-rakyat-beli-kereta.html 

Kenderaan terpakai wajib diperiksa PUSPAKOM
Berita Harian 27 Mei 2011 

PUTRAJAYA: Kerajaan tetap akan menguatkuasakan pindaan terhadap Akta Sewa Beli 
1967 (Pindaan 2010) bermula 15 Jun ini walaupun mendapat bantahan daripada 
penjual kereta terpakai Malaysia. 

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan 
Lian Hoe, berkata penguatkuasaan pindaan akta itu perlu dilaksanakan segera 
bagi melindungi semua pihak termasuk pengguna dan syarikat penjual kereta 
terpakai. 

"Jika diteliti, ia memberi situasi menang-menang kepada semua pihak termasuk 
penjual kereta terpakai. “Apabila ada individu mahu menjual kereta kepada 
syarikat terbabit, beliau perlu membawa kereta berkenaan untuk pemeriksaan, 
baru kereta itu boleh dijual, ini sekali gus memberi perlindungan kepada 
syarikat penjual kereta terpakai juga,” katanya kepada pemberita selepas 
mengadakan dialog bersama Persatuan Penjual Kereta Terpakai Malaysia, di sini, 
semalam. 

Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 
mengumumkan semua kenderaan bermotor terpakai, dibaik pulih dan diubahsuai, 
termasuk motosikal, diwajibkan menjalani pemeriksaan menyeluruh di Pusat 
Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi melindungi pengguna daripada 
membeli kenderaan curi dan yang dipotong atau disambung. 

Pindaan akta itu menetapkan setiap kenderaan terpakai wajib menjalani 
pemeriksaan 18 perkara di PUSPAKOM.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KenderaanterpakaiwajibdiperiksaPUSPAKOM/Article
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke