Kesian nasib Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di 1Malaysia ni. Tak apalah bergembiralah guru-guru 1Malaysia semua dengan Pengumumam Berita Baik Sempena Sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2011 oleh PM dan TPM dengan kenaikan gaji hanya untuk Pengetua dan Penolong Kanan.
Kisah Berita baik hanya gembirakan pengetua, GPK di http://amkns.blogspot.com/2011/05/ramainya-guru-1malaysia-marah-pada.html APA KESUDAHAN NASIB GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH? Utusan Malaysia 31 Mei 2011 SAYA merupakan bekas Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang telah mencurahkan khidmat bakti sama seperti guru terlatih. Kami tidak terkecuali dalam melaksanakan tugas sama ada daripada segi kurikulum dan kokurikulum. Malah kami juga dicerap atau dipantau oleh pihak pentadbir mahu pun pegawai pelajaran peringkat negeri. GSTT juga tidak dibezakan oleh pihak pentadbir. Maksudnya apabila saya menerima tawaran sebagai GSTT, bermakna tanggungjawab dan amanah yang dipikul adalah besar dan tiada bezanya seperti guru tetap. Pendek kata, segala program yang diatur oleh pihak sekolah, GSTT juga bertanggungjawab dalam melaksanakan program berkenaan. Pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 8 Mac lalu, seolah-olah memberi nafas kepada GSTT sehinggakan keesokan harinya terpampang di dada akhbar dan di kaca televisyen mengenai berita gembira untuk para GSTT. Namun sehingga kini masih belum diketahui status sebenar kenyataan beliau. Rata-rata masyarakat setempat umumnya mengandaikan bahawa kami bekas GSTT seolah-olah akan mendapat tawaran mengajar kembali setelah mendengar pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pelajaran. Hakikatnya, hingga kini status pengumuman berkenaan masih lagi menjadi tanda tanya kepada bekas GSTT. Oleh yang demikian, saya mengharapkan agar persoalan tersebut dapat dirungkaikan. Saya juga amat mengharapkan agar Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran memberi peluang kepada bekas GSTT untuk menyambung kembali perkhidmatan kerana rata-rata GSTT telah berkhidmat lebih dari setahun dan telah mempunyai pengalaman. Beri kami peluang untuk mencurahkan khidmat bakti kepada anak bangsa. SUHANA Sungai Petani, Kedah http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

