Adakah perkara ini hanya berlaku di balai polis dan pusat kesihatan di Perak 
saja, atau mungkin berlaku di beberapa tempat lain di 1Malaysia? Kenapa perkara 
sebegini boleh berlaku dikala kerajaan Umno BN melaung-laungkan slogan Rakyat 
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, rakyat didahulukan untuk apa, pencapaian 
apa yang diutamakan?

POLIS TIADA DI BALAI, PEMANDU AMBULANS PULA HILANG
Utusan Malaysia 31 Mei 2011 

SAYA ingin mengambil kesempatan melalui ruangan ini untuk meluahkan aduan 
mengenai dua perkara di kampung saya.

BALAI POLIS PADANG GAJAH, TRONG, PERAK.

Jenayah di kampung saya (Kampung Sungai Tinggi, Trong, Taiping, Perak) semakin 
menjadi-jadi. Orang kampung hidup dalam kebimbangan. Rompakan, kecurian, samun, 
penagihan dadah serta penipuan gores dan menang semakin berleluasa. 

Terdapat satu kes di mana seorang mangsa menghubungi balai polis berhampiran 
untuk memaklumkan rumahnya cuba di pecah masuk. 

Namun pegawai yang sepatutnya menyambut panggilan tiada. Untuk rujukan kejadian 
berlaku dalam lingkungan pukul 4 pagi. Balai polis terdekat ialah Balai Polis 
Padang Gajah, Trong, Perak.

Untuk makluman, walaupun telah banyak kali berlaku kes-kes jenayah namun pihak 
polis masih tidak mengambil tindakan drastik untuk membendung gejala ini. 


PUSAT KESIHATAN SUNGAI KERANG, TRONG.

Ini mengenai pemandu ambulans hilang dari tugas. Satu kemalangan yang 
membabitkan kecederaan parah telah berlaku di kampung saya. Apabila di hubungi 
pihak pusat kesihatan, pemandu ambulans yang sepatutnya bertugas tiada. 

Untuk makluman, beberapa buah kampung dalam daerah Trong merujuk kepada pusat 
kesihatan ini untuk perkhidmatan kesihatan. 

Hampir satu jam mangsa terlantar namun bantuan ambulans tak juga tiba. Akhirnya 
mangsa terpaksa di hantar ke hospital dengan LORI PERSENDIRIAN. 

Sekiranya mangsa telah mengalami kecederaan dalaman, pastinya ia akan lebih 
memudaratkan. 

SAIFOL,
Trong, Perak

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke