Yang digembar gemburkan ialah Klinik 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Klinik 1Malaysia. Tapi perkhidmatan di hospital ada saja masalahnya, kurang doktor pakar, kurang peralatan canggih. Yang sorang tu janji nak buat Hospital Rembau sejak tahun 2008, yang ada hanya Batu Asas Hospital Rembau. Tak ada duit, cakap ajelah tak ada duit.
Cerita janji buat Hospital Rembau tahun 2008 belum lagi tertunai, tak usah banyak janji di http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html Rawatan kes sakit kritikal tidak seragam Berita Harian 31 Mei 2011 TEKNOLOGI perubatan dalam negara diakui sudah mencapai satu tahap terbaik dengan kemampuan mengendalikan pelbagai kes serius tanpa perlu lagi dirujuk ke luar negara. Malah, dengan adanya Institut Jantung Negara (IJN), kes serius dan kritikal membabitkan organ penting itu sudah berjaya ditangani dalam negara. Namun, dalam keupayaan membekalkan teknologi terbaik, masih ada kelonggaran yang wajar diberi perhatian iaitu membabitkan sistem operasi dan cara mengendalikan pesakit. Ia perlu dilihat semula kerana meskipun mempunyai teknologi hebat tetapi lemah dalam menangani pesakit, nyawa kadangkala hilang begitu saja kerana salah menafsir keperluan. Saya merujuk kepada dua kes yang pernah berlaku dalam keluarga saya dan seorang daripadanya sudah meninggal dunia. Memang ajal maut di tangan Tuhan tetapi rasa begitu kecewa kerana kegagalan menguruskan pesakit dengan cekap menjadi antara punca sistem perubatan terutama di hospital kerajaan sering dipersalahkan. Kedua-dua kes dalam keluarga saya hampir sama situasinya. Ibu saudara saya diserang darah tinggi yang memuncak sehingga dia pengsan di rumah dan apabila dihantar ke Hospital Kajang, tiada tindakan segera diambil, sekadar membiarkannya berehat di katil bilik kecemasan. Esoknya, apabila secara tiba-tiba dia diserang strok, barulah ada usaha untuk memindahkannya ke Hospital Serdang kerana menurut doktor, Hospital Kajang tiada alat pengimbas untuk melihat kerosakan serius di kepala. Akhirnya, selepas disahkan seluruh bahagian dalam kepala dipenuhi darah, doktor hanya mengatakan, berserah saja... Paling pelik, doktor di Hospital Serdang mengesahkan sudah menghubungi Hospital Besar Kuala Lumpur kerana mungkin di sana ada pakar yang lebih baik tetapi permohonan pemindahan itu ditolak kerana dikatakan pesakit itu sudah tiada harapan. Kes kedua dan terbaru, ayah mentua saya sendiri dimasukkan ke Unit Kecemasan Hospital Kajang kerana tiba-tiba pitam dan disahkan mengalami serangan jantung serius. Malah, doktor di situ juga memberitahu tahap serangannya serius serta boleh membawa maut. Dalam keadaan genting itu, mereka menghubungi Hospital Serdang dan IJN kerana di dua pusat perubatan itu ada pakar khusus untuk kes jantung. Namun, sekali lagi jawapan mengecewakan diterima iaitu dua pusat itu tidak menerima pemindahan pesakit dan sekadar memberi panduan kepada doktor di Hospital Kajang untuk terus memantau pesakit. Ini yang pelik. Bagaimana dua pusat itu enggan menerima, sedangkan doktor sendiri mengesahkan pesakit dalam keadaan kritikal. Lebih kecewa apabila doktor di Hospital Kajang menasihatkan kami untuk menghubungi sesiapa yang dikenali bagi memudahkan proses pemindahan itu. Pendek kata, gunakan ‘kabel lebih besar’. Mujur, seorang daripada keluarga kami mengenali seseorang di Kementerian Kesihatan dan atas bantuannya ayah mentua saya berjaya dipindahkan ke IJN. Lebih pelik apabila tiba di IJN, dia disahkan kritikal dan pembedahan perlu dibuat segera. Bayangkan apa jadi jika kami tidak kenal ‘orang dalam’ dan rawatan oleh bukan pakar terus dibuat di Hospital Kajang. Diharap senario ini diberi perhatian serius oleh kementerian supaya tidak pula nanti pisang berbuah dua kali. Kenapa pesakit yang disahkan kritikal perlu menerima lampu hijau terlebih dulu daripada hospital yang ada pakar sedangkan semuanya di bawah sistem hospital kerajaan. Bertindaklah supaya tidak lebih banyak nyawa melayang! KELIRU DAN KECEWA, Kajang Perdana, Selangor. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rawatankessakitkritikaltidakseragam/Article ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

