Roketkini.com 8 June 2011 - Pemimpin muda PKR Badrul Hisham Shaharin atau lebih 
dikenali dengan panggilan Chegubard yang dikatakan akan keluar parti untuk 
menyertai DAP atau PAS, masih kekal dengan PKR yang disertainya sejak 1999.

Ketua Cabang PKR Rembau itu menjelaskan bahawa selagi beliau tidak dipecat oleh 
PKR, selagi itu beliau akan terus bersama dengan parti berkenaan.

“Biarlah saya katakan bahawa saya akan tetap menegur apa yang salah dan 
mempertahankan apa yang benar, termasuk dalam parti. Saya belum buat apa-apa 
keputusan.

“Lagi pun, kalaulah saya (yang mengkritik pimpinan parti) sekarang berada dalam 
mana-mana parti komponen Barisan Nasional, rasanya sudah lama saya dipecat,” 
katanya kepada Roketkini.

Beliau yang telah mempertikaikan proses pemilihan PKR pada akhir tahun lalu – 
sebelum dan selepas pengundian diadakan – di mana beliau bertanding jawatan 
Ketua Angkatan Muda Keadilan tetapi tewas kepada penyandang Shamsul Iskandar Md 
Akin, telah dikecam hebat oleh beberapa pemimpin utama parti.

Apabila ditanya sama ada DAP atau PAS bakal menjadi pilihan, jika benar-benar 
membuat keputusan meninggalkan PKR, Chegubard ketawa dan hanya menjawab: “Belum 
tahu lagi”.

Beliau mengakui faham dengan matlamat dan konteks prinsip Malaysian Malaysia 
serta Utamakan Rakyat Malaysia yang dibawakan oleh DAP.

“Saya tak nampak pun elemen negatif di situ, tetapi ia diwajahkan menjadi 
negatif oleh Barisan Nasional, sentiasa ditakutkan, sentiasa dimomokkan,” 
katanya.

Menurutnya, serangan UMNO dan BN terhadap DAP adalah kerja pecah perintah dan 
taktik lama yang mereka warisi dari penjajah.

Beliau menjelaskan, UMNO mahu menakutkan orang Melayu kerana bimbang DAP yang 
sudah membentuk kerajaan dan mentadbir dengan baik bersama dengan PKR dan PAS 
di Pulau Pinang akan dapat menarik sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat.

“(Mengikut propaganda UMNO) apabila orang Cina sokong MCA atau SUPP, itu bukan 
perkauman, tetapi jika orang Cina menyokong DAP, maka ia perkauman. Jadi DAP 
menanggung beban yang lebih.

“Jika DAP berjaya bawa masuk orang Melayu menjadi ahli, menerima orang Melayu 
sebagai pemimpin, DAP akan berjaya menjadi parti yang benar-benar berwajah 
Malaysia. Dengan itu habislah UMNO dan BN,” tambah beliau.

Chegubard yakin DAP dapat kekal sebagai parti pelbagai kaum yang berprinsip dan 
adil walau pun ia membuka ruang yang lebih dan memberi pendidikan politik 
kepada kelompok pemimpin Melayu yang muda.

“Saya percaya dan yakin, dalam tempoh satu atau dua penggal ini, jika DAP 
berjaya mengubah wajah seperti itu, dengan menampilkan tokoh-tokoh kepimpinan 
muda Melayu, atau yang bukan Cina, DAP akan menjadi sebuah parti teraju dalam 
negara ini,” katanya.

Menurutnya eksperimen politik telah pun ditonjolkan sedikit melalui pilihan 
raya umum 2008 apabila PKR, PAS dan DAP enggan mengikut rentak BN yang 
meletakkan calon mengikut kaum.

“Ada tempat yang BN letak calon Melayu, kita letak calon Cina, ada tempat yang 
BN letak calon India, kita letak Melayu. Kita tak guna pakai lagi sistem ikut 
kaum. Sebab dalam perang, kejayaan yang pertama ialah kita jangan bermain di 
padang mereka.

“Sekarang yang BN panik kerana kita tak bermain di padang dia, jadi bila keluar 
dari padang mereka, kita main sistem peraturan lain dan akhirnya kita boleh 
menang,” jelasnya. – Roketkini.com

Ikuti wawancara Roketkini dengan Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) dalam 
ruangan Wawancara 

http://roketkini.com/2011/06/08/chegubard-kekal-dengan-pkr%e2%80%a6-buat-masa-ini/
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke