*Buat Duit dengan Menulis Buku*

DI Malaysia, sebagai penulis buku
<http://www.janawangdenganmenulis.com/>anda sudah pasti tidak akan
mungkin dapat mengalahkan kekayaan Robert Kuok,
Ananda Krishnan, atau Lim Goh Tong, atau mengalahkan J.K Rowling, Dan Brown,
Bill Bryson, dan ratusan lagi penulis Barat.

Buku siri Harry Potter karya J.K Rowling telah dijual melebihi 300 juta
naskhah. The Da Vinci Code karya Dan Brown telah dijual melebihi 1.7 juta
naskhah. Begitu banyak penulis Barat menjadi kaya-raya kerana buku mereka
laris. Bayangkan pendapatan R.L Stine yang menulis 80 buah buku, dengan
jualan melebihi 220 juta naskhah, atau Enid Blyton yang meninggal dunia pada
1968, dengan sejumlah 700 tajuk buku kanak-kanak, dengan jualan melebihi 100
juta naskhah.

Enid Blyton merupakan pengarang dalam bahasa Inggeris yang paling laris
bukunya sebelum munculnya J.K Rowling. Bayangkan jumlah wang yang mengalir
ke dalam bank Agatha Christie, penulis novel jenayah, apabila lebih daripada
satu bilion naskhah novel beliau laris dalam bahasa Inggeris, dan satu
bilion lagi dalam 45 bahasa lain dunia.

Jauh sebelum itu, pada 1901 lagi seorang penulis Britain, Beatrix Potter
telah menjadi jutawan <http://www.janawangdenganmenulis.com/> apabila buku
The Tale of Peter Rabbit meledak dengan jualan sembilan juta naskhah. Bukan
sedikit penulis Barat yang telah menjadi jutawan dan kaya-raya dengan
menulis buku.

*Di Malaysia, bagaimana? Adakah menulis buku dapat mendatangkan wang? Atau
membolehkan penulis menjadi kaya-raya?*

Di Malaysia dianggarkan sekurang-kurangnya terdapat 10 orang penulis
mendapat RM200 ribu setahun, sekurang- kurangnya 20 orang memperoleh sekitar
RM100 ribu setahun, 25 orang memperoleh RM50 ribu setahun dan ratusan orang
memperoleh sekurang-kurangnya RM15 ribu setahun dan ini termasuk penulis
novel popular, buku motivasi, buku teks dan buku rujukan.

Satu daripada sistem yang diamalkan ialah sistem pembayaran royalti, iaitu
sistem yang menentukan kadar yang perlu dibayar kepada penerbit berdasarkan
jumlah naskhah yang laris terjual

Lazimnya, *di Malaysia, kadar royalti adalah antara 7-20 peratus daripada
harga buku yang terjual.*

Bayangkan jumlah royalti yang akan anda terima jika buku anda meledak di
pasaran? Berapakah jumlah yang bakal anda terima jika buku anda laris lima
ribu naskhah, 10 ribu naskhah, 20 ribu naskhah, 50 ribu naskhah atau 100
ribu naskhah?

Bayangkan anda menerima royalti 10 peratus dan harga buku ialah RM30? Anda
kira sendiri, berapa wang yang mengalir ke dalam poket anda. Tentu anda akan
tersenyum lebar ke bank.
Kini, bukan menjadi rahsia lagi, agak banyak novel popular Melayu yang
meledak di pasaran, sehingga melantunkan penulisnya ke papan atas.

Rata-rata buku tersebut dijual melebihi RM25, dan penulis meraih 10 peratus
royalti. Tidak hairanlah, semakin banyak penulis baru muncul dengan novel
popular bertemakan cinta cuba bersaing di pasaran.

Azizi Ali, penulis buku pengurusan kewangan yang banyak menulis buku tentang
bagaimana menjadi kaya dan merancang wang dan kekayaan merupakan antara yang
kaya kerana menulis <http://www.janawangdenganmenulis.com/>.

Beliau telah membuat banyak wang dengan menulis buku dan tahu bagaimana
menggunakan wang daripada bukunya untuk menggandakan wangnya.
Pendapatan daripada menulis buku lebih besar daripada pendapatan yang
diraihnya daripada kerja sebagai juruterbang.

*Siapa kata, kita tidak dapat membuat wang dengan menulis?*

Kata Azizi dalam sebuah bukunya, “Walaupun duit yang saya dapat sebagai
juruterbang hebat, tetapi duit yang saya dapat daripada penulisan amat
menakjubkan. Kewangan saya melonjak tinggi hasil daripada pendapatan
penulisan.”

“Bukan saya nak cakap besar, tetapi saya boleh bersara daripada menjadi
juruterbang hari ini jika saya mahu. Saya boleh bersara daripada menjadi
bekerja.”
Malah, buku beliau yang seterusnya, Lahirnya Seorang Jutawan mengukir
prestasi yang lebih baik.

Anda tahu? Pada hari ini, Azizi Ali merupakan salah seorang daripada
beberapa penulis di Malaysia yang telah menghasilkan enam buah buku yang
laris jualannya.

Anda pergi sahaja ke kedai buku ternama: MPH, Borders, Kinokunya, anda pasti
akan melihat buku Azizi dideretkan di rak buku, termasuk buku terbaru
beliau, Retire Rich.
Beliau berkata: “Seperti air yang mengalir turun, duit akan mengalir kepada
orang yang tahu apa yang mereka lakukan.”

Tetapi tunggu dulu. Jangan anda tersilap faham. Jangan pula fikir ketika
menulis anda hanya perlu memikirkan tentang wang.

Anda perlu mempunyai cinta dan komitmen yang mendalam terhadap usaha yang
hendak anda lakukan.
Jika penulis seperti Azizi membaca sebanyak 700 buah buku tentang bidang
yang hendak ditulisnya, sanggupkah anda melakukan perkara yang sama?

Atau lebih baik lagi, melakukan lebih baik daripada itu – mungkin 1,000 buah
buku? Sanggupkah anda berkorban dari segi masa, wang, tenaga, dan keselesaan
dahulu hanya untuk memenuhi impian itu? Masalahnya, sebahagian kita akan
memikirkan tentang masalah dan alasan untuk tidak menulis atau menghalalkan
tindakan tidak menulis.

Kita bangga kerana menjadi orang yang malas dan membuang masa! Kita lebih
sibuk emikirkan alasan, daripada sibuk memikirkan strategi dan langkah
konkrit ke arah itu.

Thomas J. Stanley di dalam buku The Millionaire Mind mendedahkan bahawa
ramai daripada jutawan memberitahu beliau bahawa rahsia kejayaan mereka
adalah kerana perasaan cinta kepada kerjaya mereka.

Kata beliau berulang kali, “Jika anda menyukai sepenuh hati apa-apa yang
anda lakukan, peluang amat cerah untuk anda berjaya.”

Jadi, mengapa tidak cuba menulis buku? Siapa tahu, selain menyebarkan ilmu
pengetahuan, anda dapat membuat duit dengan
menulis<http://www.janawangdenganmenulis.com/>
.

*Dipetik daripada: Jeniri Amir, Utusan Malaysia 11 Disember 2006.


*----------------------------*

*
Tahukah  anda bahawa dengan hanya menulis 'pada zaman sekarang ini' boleh
memberikan anda pendapatan lumayan <http://www.janawangdenganmenulis.com/>?

   1. Terdapat beberapa tip menulis buku:
   2. Jangan tulis buku yang cadangkan.
   3. Setelah dipersetujui, mulakan menulis buku menggunakan kaedah kj
   method.
   4. Mulakan menulis isi.
   5. Penggunaan gaya bahasa yang dekat dengan pembaca.
   6. Susun semula poin-poin dalam kategori yang sama.
   7. Susun semula bahan mengikut isi kandungan.
   8. Adakah anda tidak yakin dengan penulisan anda?
   9. Anda fikir menulis itu susah dan melecehkan?
   10. Tidak ada panduan yang boleh anda ikut untuk menghasilkan karya
   penulisan?

*
*
*Disinilah tempatnya
Mega Seminar Menjana Wang dengan Menulis
oleh
3 Tokoh Dunia Penulisan Buku Malaysia*

1.     Fauzul Na’im Ishak, Pengurus Besar Penerbitan PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd, syarikat penerbitan buku umum berbahasa Melayu No. 1
Malaysia

2.     Zamri Mohamad, penulis buku bestseller Bagaikan Khadijah Di Hati
Rasulullah, individu diiktiraf sebagai tokoh pengarang paling kreatif

3.     Ain Maisarah,pengarang novel remaja bestseller siri Aku Mahu dan
Impiana,penulis novel remaja no. 1 Malaysia


Bergabung di atas satu pentas pada* 11 Jun 2011 di Dewan Eksperimen,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak*. Mereka mendedahkan 4
perkara penting yang tidak pernah didedahkan dimana-mana program

Ini mesej daripada mereka :

-------------

Mesej Daripada *TUAN FAUZUL NA’IM ISHAK*
Dalam seminar ini saya akan mendedahkan

·  Apakah rahsia menulis dan menghasilkan buku bestseller

·  Apakah ciri-ciri yang ada pada buku bestseller

·  Apakah ciri pengarang buku-buku bestseller

·  Bagaimana menjana wang lumayan daripada penulisan buku selagi ada hayat
ditambah 50 tahun selepas mati

·  Bagaimana mencambahkan sumber pendapatan daripada hanya menulis 1 buku
tetapi menjadi 14 produk lain dalam pasaran.


Mesej Daripada *TUAN ZAMRI MOHAMAD*
Tiga perkara yang akan saya sentuh pada program ini adalah:

·  Pertama : Kaedah Pemasaran Gerila Online

·  Kedua: Bagaimana untuk Menjadi Penulis Berautoriti

·  Ketiga: Kaedah Menjana Idea ‘Emas’


Mesej Daripada *PUAN AIN MAISARAH & TUAN SYAIZUL AMAL*, Pengurus Ain
Maisarah
Dalam seminar ini kami akan mendedahkan 3 perkara:

1.       Pelan perancangan Ain Maisarah untuk menjana pendapatan royalti 1
juta dalam 5 tahun

2.       Tip untuk membina jenama penulisan yang dapat menarik ribuan
pembaca dan sanggup membelanjakan wang untuk membeli produk buku tulisan
Tuan-Tuan dan Puan-Puan.

3.       Strategi pemasaran yang kami jalankan bagi mengumpulkan 60 ribu
pembaca secara online.


**Kesemua perkara ini tidak pernah kami dedahkan di mana-mana program. Hanya
di seminar ini sahaja kami bongkarkannya.*


------------------------------
---


*MEGA SEMINAR JANA WANG DENGAN MENULIS*
*Tarikh: 11 Jun 2011
Jam : 9.00 hingga 5.30 petang
**Dewan Eksperimen, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak Selangor
*


*
APA PENGISIANNYA?*

Mini seminar ini akan membongkar 4 rahsia penting dunia penulisan. Ini akan
dibentangkan dalam 4 sesi iaitu

·  Sesi 1: 9.00 hingga 10.30 pagi: Membongkar Rahsia Dunia Penulisan Buku
oleh Tuan Fauzul Na'im Ishak

·  Sesi 2: 11.00 pagi hingga 1.00 petang: Jana Idea Dalam Penulisan Buku
oleh Tuan Zamri Mohamad

·  Sesi 3: 2.30 hingga 4.30 petang: Jana Wang Melalui Penulisan Novel Remaja
oleh Puan Ain Maisarah & Tuan Syaizul Amal

·  Sesi 4: 4.30 hingga 5.30 petang: Dari Mana Datangnya Wang Dalam Dunia
Penulisan oleh Tuan Fauzul Na'im Ishak

*
BERAPAKAH PELABURAN?*

Berapakah pelaburan yang Tuan-Tuan dan Puan-Puan sanggup bayar untuk input
maha hebat di atas? *RM5,000, RM3,000* ataupun *RM1,000?* Tuan-Tuan tidak
perlu melabur sebanyak itu bagi mendapatkan tip-tip dan rahsia-rahsia hebat
3 tokoh ini. Tuan-Tuan dan Puan-Puan hanya perlu membayar *RM50 SAHAJA*.

Ya! *RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH SAHAJA*. Harga yang tidak mungkin diperoleh
di program lain anjuran Akademi Penulis. *TEMPAT ADALAH TERHAD*. Bertindak
sekarang!

Lebih istimewa, bayaran dikurangkan dengan pendaftaran secara berkelompok.
Kadar adalah seperti berikut:
*
·  RM50 bagi pendaftaran individu

·  RM45 per individu bagi pendaftaran berdua

·  RM40 per individu bagi pendaftaran 3 orang dan ke atas
*

----------------------------

*BAGAIMANA MEMBUAT PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN?*

Langkah 1, daftarkan di secara online menggunakan borang online di
http://bit.ly/megaseminarjun2011

Langkah 2, pilih salah satu daripada kaedah di bawah:

*KAEDAH 1: Bayaran akaun/ATM*

Buatkan bayaran. Bayaran boleh dibuat ke akaun berikut:
*
CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB)*
Nama Pada Akaun: Akademi Penulis Sdn. Bhd.
No. Akaun: 14340000472103

*Bank Islam Berhad (BIMB)*
Nama Pada Akaun: The Next Store
No. Akaun: 12113010039294

*Maybank Berhad (MBB)*
Nama Pada Akaun: The Next Store
No. Akaun: 512204816142

*KAEDAH 2: Bayaran menggunakan kad kredit*

Bayaran melalui kad kredit (Mastercard/VISA) juga diterima. Bagi menggunakan
kaedah ini para peserta perlu mengirimkan emel maklumat berikut:

Nama:
No. Kad Pengenalan:
No. Telefon Bimbit:
Emel:
Alamat:

Pihak kami akan mengirimkan satu invois elektronik berserta arahan
pembayaran kad kredit. Pohon ikut arahan pada invois elektronik ini.
Pembayaran menggunakan kad kredit menggunakan penyedia pembayaran dipercayai
ramai NetBuilder.

*Caj sebanyak 4% akan dikenalan untuk setiap transaksi

Bayaran perlu dibuat selewat-lewatnya 3 hari sebelum program bermula.
Selepas membuat pembayaran, mohon fakskan ke 03 41493560 ataupun emailkan ke
[email protected] <http://[email protected]%20/>slip
pembayaran untuk tujuan rekod kami. Sebarang pendaftaran tanpa pembayaran
tidak dikira sebagai sah hadir.


*PIHAK KAMI AKAN MENUTUP PENDAFTARAN SEBAIK SAHAJA JUMLAH PENYERTAAN
MENCUKUPI SASARAN. TEMPAT ADALAH TERHAD!! BERTINDAK SEKARANG. *Daftar di
http://bit.ly/megaseminarjun2011


*ANDA BERMINAT?*

Hubungi sekarang, 012 962 8698 (Cik Atiqah) ataupun 0341492560 (Cik Hidayah)
ataupun emailkan kepada [email protected]. Bertindak sekarang,
tempahkan tempat untuk Anda sebelum terlewat.

Boleh juga daftarkan diri secara online di *http://bit.ly/megaseminarjun2011
* <http://bit.ly/megaseminarjun2011>

Bertindak sekarang! Sebelum tempat yang sepatutnya menjadi milik Tuan-Tuan
dan Puan-Puan menjadi milik orang lain.

*Layari www.janawangdenganmenulis.com sekarang*


-- 
*
FN Education Group*
*www.fnedugroup.com*
*(Fauzul Na'im Sdn. Bhd.  (842439-K))
9-1 & 9-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
MALAYSIA*
Tel: (+6) 03 4149 2560 Fax: (+6) 03 4149 3560 E-mail: [email protected]

*Pegawai Perhubungan Syarikat:*

Saudara Mohd Arif Juhani Abdul Rahman, Penolong Pengurus Unit Latihan
Korporat & Perkhidmatan Penerbitan: (+6) 013 504 5377
Saudari Nur Atiqah Abdul Rahman, Penolong Pengurus Unit Latihan Umum &
Kerjasama Strategik: (+6) 012 962 8698

*Our Subsidiaries:*

   - Akademi Penulis Sdn. Bhd. (www.akademipenulis.com)
   - Akademi Usahawan Jaya Sdn. Bhd. (www.akademiusahawan.com.my)
   - Akademi Protokol Sdn. Bhd. (www.akademiprotokol.com)

************************************************
Facebook Akademi Penulis: www.facebook.com/akademipenulis
Facebook Akademi Usahawan: www.facebook.com/akademiusahawan
Facebook Akademi Protokol: www.facebook.com/akademiprotokol
Twitter: www.twitter.com/akademipenulis
Twitter: www.twitter.com/akademiusahawan
Twitter: www.twitter.com/akademiprotokol

***********************************************
*
*

Kirim email ke