Tolonglah percaya bandar Nilai adalah bandar yang paling selamat di Negeri 
Sembilan. Kurang jenayah, kurang gejala sosial. Orang Nilai boleh tidur nyenyak 
dan lena kerana indeks jenayah semakin hari makin turun dilaporkan. Tolonglah 
percaya. Orang mabuk tak ada, kacau anak dara dan mak dara Melayu tak ada di 
sini. Percayalah. Polis dan penguatkuasa memang cekap di sini.


PARANG JADI TEMAN TIDUR
Berita Harian 9 Jun 2011. 

BANDAR BARU NILAI: Segelintir penduduk di Taman Semarak, yang terletak 
kira-kira 50 meter dari asrama pekerja asing sebuah kilang tekstil di sini, 
terpaksa tidur bertemankan parang kerana bimbang keselamatan diri dan keluarga. 

Walaupun jarang kumpulan pekerja Vietnam, Bangladesh dan Nepal seramai lebih 
3,700 orang yang mendiami kawasan asrama itu mengganggu penduduk setempat, 
tetapi itu tidak menjamin keselamatan mereka sepenuhnya. 

Selain itu, ramai penduduk masih trauma dengan kejadian rusuhan yang berlaku 
sebelum ini yang menyaksikan kawasan perumahan itu berubah menjadi medan 
pergaduhan menakutkan. 

Seorang peniaga yang tinggal di perumahan itu sejak lapan tahun lalu, Anita 
Mansor, 34, berkata keluarganya tertekan dengan pergaduhan yang sering berlaku. 

“Banyak pergaduhan kecil berlaku di sini, tetapi tidak membabitkan polis dan 
orang luar, jadi tiada siapa memberi perhatian. 

“Setiap kali orang bergaduh, kami trauma mengingatkan pergaduhan kumpulan 
pekerja Vietnam dan Indonesia lapan tahun lalu, kerana ketika itu ramai lelaki 
bermuka bengis keluar masuk ke kawasan asrama membawa besi dan kayu sebagai 
senjata. 

“Penduduk ketakutan dan berkurung bersama keluarga dalam rumah kerana tidak 
mahu dicederakan,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam. 
Dalam kejadian rusuhan kali ketiga di asrama itu malam kelmarin, 23 orang 
cedera akibat pergaduhan membabitkan kumpulan pekerja Vietnam dan Bangladesh. 

Pergaduhan besar pertama di asrama itu pada 17 Januari 2002 apabila lebih 500 
pekerja Indonesia merusuh dan merosakkan kenderaan polis kerana tidak berpuas 
hati dengan tindakan polis menahan rakan mereka yang positif dadah. 

Pada 22 September 2003 pula, kumpulan pekerja Indonesia dan Vietnam bergaduh 
apabila seorang warga Indonesia dikejar dan dipukul sekumpulan pekerja Vietnam 
yang mabuk, menyebabkan enam pekerja Indonesia cedera. 

Sementara itu, pekerja kilang tinggal di kawasan itu sejak 17 tahun lalu, S 
Kannahe, 40, berkata dia berasa tidak selamat dengan kehadiran warga asing 
sering berkeliaran dan mabuk berhampiran rumahnya. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Parangjaditemantidur/Article 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke