Tolonglah wahai rakyat Malaysia semua dan para penduduk di Putrajaya , tolong percaya, Putrajaya adalah kawasan selamat dari jenayah. Tolonglah percaya indeks jenayah seluruh negara terutama di Putrajaya turun, rakyat boleh tidur dengan aman dan tenteram.
Kisah sebelum ini JENAYAH DI PUTRAJAYA MENJADI-JADI di http://amkns.blogspot.com/2011/04/jenayah-berleluasa-di-putrajaya-uitm.html 4 TAYAR, RIM KERETA LESAP Harian Metro 9 Jun 2011 PUTRAJAYA: “Saya dan isteri tergamam dan terkejut apabila melihat keempat-empat tayar dan rim kereta hilang, hanya terdapat batu-bata yang diletakkan di tempat tayar untuk mengalas kereta,” kata Azmie Usul, 28. Kakitangan di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu mengalami kerugian kira-kira RM2,000 selepas keempat-empat tayarnya hilang, dipercayai dicuri ketika diletakkan di kawasan lapang berhadapan pangsapuri Fasa 5B, Presint 9, di sini. Katanya, dia menyedari kejadian itu kira-kira jam 7 pagi ketika hendak ke tempat kerja bersama isteri, Sita Salwa Md Zam, 27 dan anaknya yang berusia setahun. Katanya, dia meletakkan kereta Proton Saga berwarna hitam milik isterinya itu di kawasan terbabit kerana tidak mempunyai pilihan lain, selain menjadi tempat alternatif untuk meletakkan kenderaan. “Saya tak ada pilihan lain, selain meletakkan kereta di kawasan berkenaan, tetapi sebelum ini kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku dan saya percaya ini kejadian pertama. “Kali terakhir saya meletak kereta di kawasan itu kira-kira jam 7.30 petang semalam (kelmarin) dalam keadaan berkunci, saya tidak menyangka perkara ini akan berlaku, lebih-lebih lagi di Putrajaya. “Saya tak tahu nak kata apa, perasaan bercampur baur marah dan geram terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya Dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya kira-kira jam 8 pagi, semalam. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/4tayar_rimkeretalesap/Article/index_html ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

