Hari Selasa lepas selepas solat Subuh sekitar jam 6.40 pagi saya dan isteri 
berjalan-jalan keliling taman perumahan di Senawang. Disebabkan pagi-pagi 
biasanya ada anjing liar berkeliaran di taman perumahan, saya bawalah tongkat 
rotan sepanjang lima kaki sebagai langkah berjaga-jaga. 

Dalam perjalanan di hadapan deretan rumah, datang seorang lelaki bermotosikal, 
memakai topi keledar bertanyakan di mana ada restoran di sini. Perkara pertama 
yang saya lakukan apabila orang yang tidak dikenali bertanya, saya undur 
sedikit ke belakang untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Tongkat rotan saya pegang erat. Pelik juga, tak pernah orang tanya mana 
restoran pagi-pagi. Sedangkan di sekitar kawasan perumahan tersebut banyak 
terdapat gerai makan dan restoran. Saya kata kat luar sana ada restoran. Lalu 
lelaki tadi pun beredar.

Tak tahulah , semakin menjadi-jadi jenayah di Malaysia sekarang ini. Dalam bas 
tak selamat, di perumahan sendiri tak selamat, dalam rumah sendiri pun tak 
selamat. Kenapa ini semua berlaku , adakah ini merupakan salah satu bala yang 
menimpa negara ketika ini?

Nampaknya kena tambah lagi satu slogan, bukan saja NEGARA BERKEBAJIKAN, tapi 
Negara Berkebajikan dan Negara Selamat. 

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 
            
DISAMUN SELEPAS SIDAI PAKAIAN 
Sinar Harian, 10 Jun 2011 

ALOR GAJAH - Seorang suri rumah di Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal, dekat 
sini melalui detik mencemaskan apabila rumahnya dimasuki dua perompak, minggu 
lalu. 

Tidak cukup dengan itu, perompak terbabit juga mengugut untuk membunuh seorang 
daripada anaknya. 

Dalam kejadian kira-kira 1.50 petang 1 Jun lalu, T.Malar, 28, sedang menyidai 
pakaian di belakang rumah dan masuk ke rumah beberapa minit selepas itu. 

“Sebaik saya dan anak perempuan berusia 10 tahun masuk ke rumah, saya sedari 
kedua-dua perompak itu sudah berada dalam rumah saya. Manakala, anak bongsu 
saya berusia setahun sedang tidur dalam bilik. 

“Kemudian mereka menutup pintu belakang dan mengarahkan saya membuka rantai 
kahwin saya, gelang tangan dan sepasang subang yang dipakai. Perompak itu turut 
bertindak ganas dengan mengacu parang di leher anak saya,” katanya. 

Menurutnya, penjenayah terbabit juga mengarahkannya menunjukkan kedudukan bilik 
utama serta merampas telefon bimbit. 

Dia yang berada dalam ketakutan turut menangis merayu perompak berkenaan tidak 
mengapa-apakan anaknya dan membenarkan perompak itu mengambil apa saja yang 
dimahukan, asalkan tidak mencederakan anak perempuannya itu. 

Dalam kejadian itu, katanya, perompak terbabit mengambil wang syiling yang 
disimpan dalam tabung, wang kertas berjumlah RM1,000 yang diletakkan dalam satu 
bekas. 

“Selepas mereka mengambil kesemua wang yang ada perompak itu mengambil sebuah 
beg yang menyimpan pelbagai katalog jualan langsung dan memasukkan kesemua wang 
itu ke dalam beg, sebelum menggeledah bilik dalam rumah itu. 

“Perompak itu berjaya menemui sejumlah RM1,500 lagi wang simpanan yang 
diletakkan di celah pakaian dalam sebuah rak,” katanya. 

“Selepas perompak itu dapat kesemua dimahukan, mereka mengikat saya di sebuah 
kerusi meja makan dengan tangan kanan saya diikat ke belakang menggunakan tali 
pita dan mulut saya juga ditutup dan dibalut menggunakan tali pita yang sama. 

“Sementara tangan kiri saya mendukung anak lelaki. Anak perempuan saya sudah 
dilepaskan dan berada di pangku saya sebelum perompak itu melarikan diri 
mengikut pintu belakang rumah,” katanya. 

Malar bagaimanapun berjaya melepaskan ikatan tangan kanan dan berlari ke rumah 
jiran meminta bantuan. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Supritendan Abd 
Rahman Jid mengesahkan menerima laporan kejadian. 

Menurutnya, kes disiasat di bawah seksyen 395 Kanun keseksaan menyamun 
menggunakan senjata.  
     
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9177242.asp 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke