Roketkini.com - Saya adalah seorang Melayu yang dilahirkan di Kangar, Perlis 
pada tahun 1963. Kini saya adalah seorang ahli DAP cawangan Padang Besar, 
Perlis. Saya telah tertarik dengan DAP sejak kembalinya bapa saya ke 
rahmatullah pada tahun 2005. Sebelum ini adalah keberatan untuk saya 
meninggalkan UMNO kerana arwah adalah salah seorang pengasas UMNO bersama Tan 
Sri Sheikh Ahmad yang berjuang sejak Malayan Union dan penubuhan Persekutuan 
Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia.

Selama 30 tahun saya menjadi ahli UMNO sejak dari Kelab UMNO luar negara 
hinggalah tahun 2011.  Saya pernah berkhidmat sebagai pegawai kerajaan, pegawai 
bank dan kini ahli perniagaan. Persekolahan saya adalah bermula dari  Kangar 
English School, SMK Putra,SMK Derma hinggalah ke luar negara.

UMNO mulai zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman  patut dikagumi kerana dasar tolak 
ansur Tunku sehinggalah mencapai kemerdekaan dan penubuhan Malaysia dan 
peletakan asas kepada penyatuan kaum di negara ini .Setelah peristiwa 13 Mei 
1969 dan setelah negara bertukar perdana menteri kepada Tun Abdul Razak 
pelbagai langkah rangsangan dibuat untuk memajukan kaum yang dikenali sebagai 
Bumiputera bagi mengekang ketidakpuasan kaum ini hinggalah ke era pemerintahan 
Tun Hussein Onn.

Setelah itu tiba pula era Tun Mahathir yang genius dalam semua bidang di dunia. 
Hinggalah akibat hendak merealisasikan impiannya dengan pantas, rakyat telah 
diperlihatkan akan kehebatannya di peringkat negara dan persada dunia.

Namun pelbagai perubahan dan pembangunan yang dilakukannya telah membawa padah 
kepada rakyat dan negara dalam tempoh jangka panjang. Salah guna kuasa, 
korupsi, ISA, OSA, Akta Hasutan, kronisme, ketegangan hubungan antarabangsa 
khususnya dengan Amerika dan isu Palestin, peningkatan kos hidup, agihan 
ekonomi negara secara tidak adil,mengaut kekayaan untuk anak-anak adalah antara 
ciri-ciri pentadbirannya yang membinasakan negara yang kaya dengan hasil bumi 
ini di samping dasar penswastaan yang gagal dan membebankan rakyat serta isu 
kekebalan raja-raja Melayu yang akhirnya menyebabkan perdana menteri yang 
menjadi kebal.

Campur tangan politik yang keterlaluan dalam PDRM, kehakiman, peguam negara, 
SPRM, tentera dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi kerajaan seperti SPR 
telah menambahkan kebinasaan kepada negara. Itulah antara sebab Malaysia 
menduduki antara tangga teratas korupsi dan penghantaran wang haram ke luar 
negara.

Oleh itu UMNO perlu muhasabah diri, salahkan diri sendiri, dan jangan salahkan 
pihak lain. Jangan gunakan kekerasan kerana ianya akan mengundang malapetaka 
seperti berlaku di Iran, Iraq, Mesir, Tunisia, Libya, Oman, Thailand, Filipina 
dan Indonesia sebelum ini di mana negara kecundang pemerintahannya akibat 
kebangkitan rakyat.

Sebenarnya DAP telah menunjukkan urus tadbir yang baik melalui sistem cekap, 
akauntabel dan telus (CAT) walau pun pelbagai fitnah dilemparkan oleh UMNO. 
Inilah satu-satunya cara untuk membela rakyat Melayu, Cina, India,dan lain-lain 
daripada kongkongan pemimpin BN yang angkuh.

Saya akan terus berjuang dalam DAP. Kebenaran dan keadilan akan terserlah jua 
akhirnya.

Abdul Manan
29 Mei 2011

Sumber : 
http://roketkini.com/2011/05/30/mengapa-melayu-mula-tertarik-dengan-dap/ 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke