Kerja gila ke, penjual kereta atau mana-mana rakyat yang nak jual kereta lama 
mereka perlu periksa pendingin udara di Puspakom. Senang cerita, tutup saja 
bisnes kereta terpakai ni. Rakyat pakai kereta sampai buruk, lepas tu jual 
sebagai besi buruk. Beli kereta baru lagi senang, tambah hutang lagi 9 tahun. 
Itu baru dinamakan Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan.

Kisah sebelum ini, Tak lakulah kereta terpakai, kerajaan UMNO/BN tambah lagi 
beban rakyat di 
http://amkns.blogspot.com/2011/04/tak-lakulah-kereta-terpakai-tambah-lagi.html 

PENGUSAHA KERETA TERPAKAI TERUS BERDEMO
Malaysiakini 15 Jun 2011 

Persatuan Perniagaan Kenderaan Negeri Melaka meminta Kementerian Perdagangan 
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengkaji semula pindaan 
terhadap Akta Sewa Beli 1967 yang berkuatkuasa hari ini.

Mereka mendakwa ia akan mendatangkan kesan terhadap pengguna dan juga industri 
penjualan kenderaan di negara ini.

Menurut Naib Presidennya, Raymond Choo, akta berkenaan akan mengakibatkan 
pengguna terpaksa menanggung kos jauh lebih tinggi bagi perlaksanaan peraturan 
baru itu.

Katanya, mengikut pindaan itu, semua kereta terpakai terpaksa melalui 
pemeriksaan tambahan 14 perkara sebelum sesuatu kenderaan itu dibolehkan 
dipindah milik kepada pembeli baru.

"Pemeriksaan tambahan 14 perkara itu atau dikenali sebagai B7 tidak termasuk 
pemeriksan wajib 4 perkara iaitu disebut B5.

"Sebelum ini hanya bayaran RM30 untuk pemeriksaan B5 namun ia meningkat kepada 
RM90 untuk pemeriksaan B7 sebaik akta itu berkuatkuasa," katanya ketika 
menyertai demonstrasi aman bersama lebih 100 pengusaha kenderaan terpakai bagi 
menbantah pindaan itu di Melaka hari ini.

Pendingan udara

Beliau berkata, sebelum ini B5, hanya membabitkan pemeriksaan enjin, badan, 
cermin dan penyambungan kenderaan tetapi dengan terlaksananya B7 akan melalui 
syarat yang lebih ketat.

"Perlaksanaan syarat tambahan itu antaranya turut mewajibkan semua kenderaan 
terpakai di pasang pendingin udara sebelum membolehkan ia dipindah milik.

"Untuk memenuhi semua syarat berkenaan, sudah pasti akan melibatkan kos lebih 
tinggi sehingga akan menjejaskan harga kenderaan terbabit.

"Jikalau sebelum ini, kami perlu memperuntukkan masa sekurang-kurang 3 hingga 4 
jam di Puspakom tetapi dengan pemeriksaan tambahan ini akan mengambil masa yang 
lebih lama," katanya.

Raymond mendakwa, perlaksanaan tersebut sudah pasti akan menyebabkan harga 
kereta terpakai menjadi lebih rendah sehingga pengguna akan lebih suka memilih 
untuk terus menggunakan kereta berkenaan daripada ditukar baru.

"Yang turut menerima kesan, sudah pasti industri perbankan kesan dari 
kelembapan penjualan kenderaan terbabit.

"Malah kalangan pengusaha yang kekurangan modal juga akan merasa lebih terimpit 
apabila perlaksaan akta tersebut turut mensyaratkan kedai kereta melangsaikan 
segala baki pinjaman kenderaan terpakai dalam tempoh tujuh hari sebelum dijual 
kepada membeli baru," katanya yang mendakwa ramai pengusaha akan gulung tikar 
selepas ini.

http://malaysiakini.com/news/167022 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke