Tibi: Kementerian Kesihatan perlu bertindak segera KUALA LUMPUR, 10 Jun 2011 : Kementerian Kesihatan digesa bertindak segera untuk membanteras penyakit Tibi yang sedang menular di Selangor sekarang, terutama di kawasan Ampang Jaya.
Pihak kementerian juga digesa mengadakan gerak kerja pengesanan penyakit itu di sekolah-sekolah, tapak-tapak pembinaan dan penempatan-penempatan warga asing di negeri itu. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Iskandar Abdul Samad menjelaskan, tindakan segera dari Kementerian Kesihatan amat perlu berikutan beberapa kes penyakit Tibi yang dikesan oleh Hospital Ampang baru-baru ini. Menurut beliau, contohnya, seorang pengetua sekolah di Pandah Indah telah koma baru-baru ini selama 28 hari kerana diserang penyakit itu. Katanya, oleh itu, satu kempen kesedaran perlu diadakan agar masyarakat dapat mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit yang merbahaya itu. "Pihak kementerian juga mesti mengadakan gerak kerja pengesanan di sekolah-sekolah, tapak-tapak pembinaan dan penempatan-penempatan warga asing seperti di Kampung Pandan, Pandan Mewah dan Lembah Jaya," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini. Beliau yang juga Adun Chempaka menjelaskan, menurut beberapa pihak, penyakit Tibi itu telah dibawa masuk ke negara ini oleh pendatang-pendatang asing. Katanya, penyakit Tibi telah hampir pupus di negara kita, tetapi kini telah muncul kembali apabila berlaku kebanjiran pendatang asing. "Kementerian Kesihatan mestilah memandang serius perkara ini dan tidak menunggu sehingga lebih ramai penduduk Ampang Jaya dijangkiti penyakit tersebut," katanya. http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/77-negeri-selangor/3738-tibi-kementerian-kesihatan-perlu-bertindak-segera Kes Penyakit Tibi Meningkat April 1, 2011 KUALA LUMPUR – Seramai 19,337 penduduk Malaysia dilaporkan mengalami penyakit batuk kering atau Tuber kulosis (Tibi) sepanjang tahun lalu. Justeru, Kementerian Kesihatan mengesa mereka yang mengalami tanda-tanda penyakit http://mynewshub.my/bm/2011/04/01/kes-penyakit-tibi-penduduk-malaysia-meningkat/ Tuberculosis Rises Again In MalaysiaMedia Summary 22/08/2010 Tuberculosis, once under control in Malaysia, is spreading again due to private doctors' failure to realise that the disease has re-emerged and has risen with the migration of people from high-risk countries. http://www.demotix.com/news/416648/tuberculosis-rises-again-malaysia Sunday October 24, 2010 Knowing the disease UNLIKE diseases that attack the lungs such as SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome), not everyone infected with the tuberculosis (TB) bacteria becomes sick. “We are facing a silent spread of the disease, because if I infect you, you only have a 5-10% of chance of becoming sick,” says World Health Organisation (WHO) Western Pacific adviser for TB Dr Catharina van Weezenbeek. http://thestar.com.my/health/story.asp?file=/2010/10/24/health/7230369&sec=health Tibi tidak mengenal mangsa Utusan Malaysia KEHADIRAN penyakit ini di kalangan masyarakat memang tidak disedari kerana ia merebak melalui udara dan titisan cecair badan daripada pesakit kepada orang lain. Penyakit ini berjangkit dengan mudah dan tidak mengenal mangsa. Tidak ketinggalan, kebanjiran pendatang asing juga dikaitkan dengan penyebaran tibi secara meluas. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0322&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

