SEREMBAN, 22 Jun 2011 : PAS Negeri Sembilan ( http://pasns.blogspot.com ) membuat perubahan menyeluruh dalam organisasinya apabila membentuk pasukan baru dalam mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS negeri malam tadi.
"Pembentukan ahli perhubungan ini adalah berteraskan keupayaan untuk menghadapi PRU 13 dan keseimbangan peranan ahli diperingkat negeri dan kawasan," kata Pesuruhjayanya, Mohamad Taufek Abdul Ghani. Bagi beliau, kabinet ini adalah untuk rakyat Negeri Sembilan dan dibentuk dari pelbagai latar belakang, dari peneroka, kakitangan kerajaan hingga kepada para profesional untuk memberikan keyakinan bahawa PAS boleh mentadbir negeri khasnya meningkatkan pelaburan. Mesyuarat pimpinan Pesuruhjaya baru PAS negeri itu melantik Dr Rosli Yaakop, bekas Pesuruhjaya dan seorang pakar ekonomi sebagai Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) I, Abdul Rahman bin Ramli, seorang peneroka yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Jempol sebagai TPJ II, manakala Haji Anuar Azahari bekas pengurus bank yang juga YDP Rasah sebagai TPJ III. Mesyuarat itu juga melantik Mohamad Hassan bin Tamby sebagai Setiausaha Perhubungan, Haji Ramli bin Ismail (Bendahari) manakala Norazman bin Mohamad sebagai Ketua Penerangan manakala Hj Kamarol dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) . Dua orang dilantik sebagai penolong setiausaha iaitu Khairul Azlan dan Siti Faridah. Di samping itu, bekas pesuruhjaya yang kini dilantik sebagai AJK PAS Pusat, Zulkefly Mohamad bin Omar dilantik sebagai AJK disamping Haji Kassim, Tuan Syed Mohamad Fuad, Hj. Ir. Mohd Nor dan Nor Anif bin Selamat. Pembentukan ini dibuat melalui mesyuarat pertama malam tadi yang dibuat di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Seremban. Mesyuarat dihadiri oleh semua YDP dan Setiausaha kawasan- kawasan serta ketua dan setiausaha dewan-dewan dalam PAS Negeri Sembilan. Perlantikan Penolong Setiausaha 3 dan 2 lagi AJK tambahan akan dibuat pada minggu depan iaitu dalam mesyuarat ke-2. Sumber : Harakahdaily ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

