Baru-baru ini saya kena serangan gout di kaki yang teramat sakit buat pertama 
kali sehingga saya terpaksa mengambil cuti sakit sehari dan begitu sukar untuk 
bergerak. Beberapa hari selepas itu sakit mula reda selepas mengambil ubat dan 
menjaga pemakanan. Namun selepas seminggu saya mengalami sakit gout yang 
sederhana.

Agak menghairankan, walaupun menjaga pemakanan, tidak memakan makanan yang 
mengandungi purin yang tinggi, banyak makan sayur daun hijau kecuali bayam, 
mengelakkan kekacang dan banyak minum air kosong sekitar 2 liter sehari masih 
terkena gout.

Ada sesuatu yang tidak kena, apa kah ianya mengandungi hikmah? Selepas puas 
berfikir, diilhamkan saya perasan sepanjang minggu ini dan sebelum saya kena 
serangan yang pertama, saya banyak minum air kosong yang diproses dan 
dibotolkan secara komersial.

Lalu saya membuat ujian kertas pH ke atas air ini, dan mendapati pH ialah 5, 
iaitu berasid, amat tidak baik untuk mereka yang ada gout. Air kosong yang 
sepatutnya diminum banyak sebagai penawar , kini menjadi racun pula untuk 
pesakit gout.

Kemudian saya buat ujian ke atas air paip, mendapat pH antara 6 dan 7, di mana 
piawaian sesetengah negara untuk air paip ialah antara 6.5 ke 8.5.

Disebabkan tidak tahan sangat sakit, saya cuba mencari air yang beralkali untuk 
menutralkan asid dalam badan saya. Saya cuba satu jenama air , ujian pH saya 
dapati antara 7 dan 8, hampir kepada pH air Zam zam yang pH ialah 7.9 ke 8.0. 
Alhamdulillah setelah saya minum air tersebut dan berhenti minum air yang 
dibotolkan tadi sakit gout saya mula reda, hanya dengan izin Allah.

Mungkin itulah hikmah kenapa saya terkena serangan gout yang akut.

Ujian diatas bukan dijalankan secara klinikal dan hanya atas diri saya. Ujian 
yang lebih sempurna perlu dilakukan oleh pihak kerajaan terutamanya Kementerian 
Kesihatan yang mempunyai banyak fasiliti, peralatan, makmal, kepakaran, sumber 
manusia dan sumber kewangan.

Jadi kalau sesiapa yang ada gout atau demam kalau sebelum ini doktor kata kena 
banyak minum air kosong, kena tambah lagi kena banyak minum air kosong yang 
tidak berasid. 

Sedikit fakta mengenai air Zamzam, baru-baru ini ayah saya dimasukkan ke IJN 
untuk pemeriksaan jantung, didapati tiga saluran tersumbat, walhal ayah baru 
balik dari Mekah mengerjakan umrah dalam keadaan semput dan tidak sihat. 
Kemungkinan kadar pH air Zamzam yang beralkali serta mengandungi mineral lain 
yang dikurniakan Allah antara faktor kenapa ramai yang merasa segar apabila 
melakukan haji dan umrah.

Hidup di dunia tak sampai sekelip mata, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

Zamzam water has no colour or smell, but it has a distinct taste, and its pH is 
7.9–8.0, indicating that it is alkaline
http://www.theindependentbd.com/faith/41832-zamzam-a-living-miracle.html 

List of National Secondary Drinking Water Regulations
pH 6.5-8.5 
http://water.epa.gov/drink/contaminants/ 
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke