Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 23 Jun 2011 : Ekoran sikap angkuh dan enggan 
memohon maaf, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan bantahan terhadap Utusan 
Malaysia di seluruh negara esok.

Bantahan aman terhadap penyiaran karikatur "Kekeliruan Kes Rogol" yang didakwa 
menghina agama Islam itu akan dibuat selepas solat Jumaat.

"Tempoh yang diberi Dewan Pemuda kepada Utusan telah tamat kelmarin. Dan 
sehingga tempoh itu Utusan tidak memohon maaf.

"Jadi kita telah buat keputusan untuk membantah sikap angkuh Utusan di seluruh 
masjid di seluruh negara selepas solat Jumaat esok," kata ketuanya, Nasrudin 
Hassan ketika ditemui di pejabat pembangkang di parlimen hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di sini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia diberi tempoh tujuh hari agar memohon maaf bermula 
dari tarikh karikatur itu disiarkan pada 15 Jun lalu.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS Pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan 
ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai “Miki.”

"Kita juga akan mulakan kempen boikot Utusan di seluruh negara," katanya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3965-demo-seluruh-negara-bantah-utusan-esok
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke