PESAKIT JANTUNG DIUGUT? Utusan Malaysia 24 Jun 2011. BULAN lepas sewaktu saya 
sedang menjalani rawatan angiogram (rawatan memeriksa saluran jantung) di 
Hospital Serdang, doktor yang bertugas menyatakan salah satu saluran jantung 
saya tersumbat. 

Walaupun ia boleh menggunakan belon, namun atas nasihat pakar, beliau 
mengesyorkan penggunaan alat stent buatan Perancis lebih praktikal, dengan kos 
RM5,500.

Persoalannya, kenapa sewaktu dalam operasi begini, ketika seorang pesakit 
sedang memperjuangkan nyawa, soal jawab yang membabitkan wang diajukan oleh 
doktor tersebut kepada saya, sedangkan sebarang kemungkinan akan berlaku pada 
saya yang menyebabkan komplikasi.

Hampir satu jam di bilik pembedahan, dalam situasi cemas dan gelisah, akhirnya 
operasi memasukkan tiub di saluran jantung selamat dijalankan melalui paha 
kanan tanpa pembedahan, kemudian katil saya diasingkan di satu sudut. 

Tidak sampai lima minit, tiba-tiba saja datang seorang lelaki memperkenalkan 
diri sebagai ejen pembekal stent (tiub), lantas menyuruh saya menandatangani 
satu borang. 

Sedangkan bilik pembedahan kardiologi ini tidak membenarkan sesiapa pun masuk, 
walau keluarga terdekat sekalipun. 

Tertanya di fikiran saya, kenapa beliau bebas memasuki bilik pembedahan ini? 
Dan kenapa cepat sekali ejen tersebut boleh sampai kepada saya?

Dalam keadaan separuh kewarasan, keletihan akibat kekurangan darah dan berpuasa 
hampir 24 jam, sebagai warga tua (53 tahun) saya masih sempat membaca dokumen 
tersebut. Sistem pembayarannya adalah berperingkat sehingga akhir tahun ini, 
tanpa syarat-syarat lain. Akhirnya, saya menyetujui prasyarat tersebut.

Tetapi, selepas tiga hari saya keluar dengan kesihatan jantung semakin pulih, 
rupanya tidak berpanjangan, kini jantung saya 'kembali sesak', ejen tersebut 
sudah mula memanggil saya bertanyakan pembayaran. Walaupun alasan saya untuk 
membayarnya dalam masa sebulan lagi (selepas saya benar-benar sihat) namun 
ugutan diberikan amat memeranjatkan.

Menurutnya, beliau akan mengenakan 10 peratus cas tambahan bagi setiap bulan 
atas kelewatan (semua kenyataan ugutan SMSnya dalam simpanan saya).

Seminggu kemudian, ejen tersebut menghubungi saya lagi, kali ini jika saya 
tidak membuat sebarang bayaran dalam seminggu, nama saya akan disenaraihitamkan 
oleh Hospital Serdang. Kini fikiran saya benar-benar terganggu akibat kejadian 
ini.

Untuk pengetahuan pihak Kementerian Kesihatan, sahabat yang satu wad dengan 
saya ketika di hospital, terpaksa menjual kereta Kancil dengan harga RM16,500, 
untuk membeli tiga stent, demi tiga saluran jantungnya yang tersumbat.

Walaupun kereta itu terlalu penting untuk beliau berniaga. Ini disebabkan pihak 
ejen bertali arus memanggil beliau untuk membuat bayaran.

Sebagai warga tua yang telah berjasa kepada pembangunan Malaysia, melalui 
penulisan dan produksi dokumentari, saya rasa kejadian ini amat mendukacitakan. 

Sebahagian dari umur ini masih lagi berkhidmat dalam dunia kewartawanan demi 
menyokong cita-cita kerajaan, tapi terasa satu penghinaan oleh pihak hospital 
kerajaan juga.

Walaupun isteri saya seorang kakitangan kerajaan (guru), namun saya tidak 
memerlukan surat sokongan untuk mengurangkan ataupun melupuskan bayaran ini. 

Sebagai seorang individu yang boleh bekerja lagi, bayaran ini akan saya 
lunaskan daripada titik peluh saya, masih banyak pesakit lain yang memerlukan 
peruntukan kewangan sebanyak itu (RM5,500).

Di sini saya ingin penjelasan dari pihak pengurusan Hospital Serdang, khasnya 
Menteri Kesihatan, di manakah slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian 
Diutamakan? 

Di manakah hak hospital sehinggakan pihak ejen tersebut berhak 'menyenarai 
hitam' pesakit? Apakah pihak Kementerian Kesihatan peka tentang kejadian ini, 
sehingga ada pihak luar mendominasikan situasi ini?

Harapan saya, kelemahan ini dapat diperbaiki demi keselesaan dan kesejahteraan 
rakyat Malaysia dalam menghadapi saat-saat mautnya di mana-mana hospital 
kerajaan.

WARGA TUA
Puchong

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0624&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm
 

PKR MAHU TINDAKAN DIAMBIL TERHADAP HOSPITAL SERDANG

June 23, 2011 

Ini ekoran kegagalan hospital itu menjalankan bedah siasat ke atas mayat 
Paikiam Subramaniam yang dibunuh di Sungai Petani pada 12 Mac lalu.

KUALA LUMPUR: PKR mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pengurusan 
Hospital Serdang, dekat sini kerana gagaln menjalankan bedah siasat ke atas 
mayat Paikiam Subramaniam yang dibunuh di Sungai Petani pada 12 Mac lalu.

Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam mendakwa pihak pengurusan hospital 
berkenaan memberi alasan yang tidak munasabah iaitu ketiadaan alat pengimbas 
menyebabkan bedah siasat tidak dapat dilakukan.

“Mahkamah telah mengarahkan bedah siasat bebas dibuat tetapi sehingga 
ini……setelah 147 hari mayat masih disimpan di Hospital

Serdang. Saya percaya ia cuba dihalang oleh pihak hospital dan polis,” katanya 
dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Paikiam, 24 tahun dan baru lima bulan berkahwin disyaki dibunuh oleh suaminya 
James Balan 31 tahun. Keluarga mangsa menemui mayat mangsa ketika dibawa ke 
Hospital Kulim.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menyifatkan pembunuhan 
itu sebagai satu perbuatan yang kejam dan mendakwa tidak ada pihak yang datang 
membantu keluarga yang malang itu.

Sehubungan ini, Ketua Wanita PKR itu menghantar memorandum kepada Kementerian 
Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Wanita, 
Keluarga dan Masyarakat bagi membantah kejadian itu.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/06/23/pkr-mahu-tindakan-diambil-terhadap-hospital-serdang/
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke