Tahun 2008 Menteri Besar Negeri Sembilan beria-ia membuat kenyataan bahawa akan 
dibina Landasan Terbang di Batu Hampar, Rembau. Jun 2011 belum nampak bayang 
Landasan Terbang Rembau ni. Kemudian 28 Mei 2011, Najib kata Pangkalan TUDM 
Sungai Besi akan dipindahkan ke Sendayan.  Tup tup Mohamad Hasan kata pada 25 
Jun 2011 Pangkalan TUDM di Sendayan nanti hanya untuk helikopter sahaja, bukan 
untuk kapalterbang atau jet. Poning, Poning.

Macam nil ah, tak payah lah nak banyak cerita apa-apa lagi lepas ni. Dah siap 
barulah cerita. Macam dibodoh-bodohkan pula orang Rembau ni dengan macam-macam 
projek mega. Kalau bukan rakyat Rembau nampak bodoh, nampak macam bodoh pula 
pemimpin Negeri Sembilan dan Malaysia.

Kalau lapangan terbang hanya untuk helikopter dipanggil apa? Kalau Bahasa 
Inggeris dipanggil Heliport , kalau Bahasa Melayu mungkin Lapkopter agaknya, 
singkatan untuk Lapangan Helikopter, atau tanya Rais Yatim, dia tu pakar bahasa.

Berita macam ni yang buat orang berkobar-kobar nak pergi Perhimpunan Bersih 9 
Julai 2011 nanti.

Kalau Heliport di Singapura iaitu Sembawang Air Base menempatkan sekitar 100 
helikopter dengan 6 Skuadron, terdiri dari 20 buah helikopter gempur Apache, 5 
buah Colibri, 6 buah Seahawk, 22 buah Super Puma, 12 buah Cougar dan 12 buah 
Chinook.

*********** 
           
HANYA UNTUK HELIKOPTER 
Sinar Harian 26 Jun 2011

SEREMBAN - Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) baru di Sendayan, 
dekat sini akan menempatkan helikopter sahaja apabila ia mula beroperasi kelak. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kapal terbang dan jet milik 
TUDM akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di 
Sepang, Selangor. 

“Tiada landasan kapal terbang untuk pelepasan dan pendaratan kapal terbang 
serta jet di Pengkalan TUDM Sendayan. 

“Sehubungan itu, orang ramai di kawasan berhampiran Sendayan, Labu dan Seremban 
2 tidak perlu bimbang tentang risiko pesawat udara terbabas atau bunyi bising 
jet pejuang serta kapal terbang,” katanya pada sidang media selepas 
mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri dekat sini, kelmarin. 

Difahamkan, pembinaan pengkalan TUDM yang baru itu dijadualkan bermula pada 
awal atau pertengahan tahun depan. 

Dalam perkembangan sama, menurut beliau, wang yang diperolehi hasil penjualan 
tanah untuk membina Pengkalan TUDM Sendayan kepada Kerajaan Persekutuan 
digunakan untuk melangsaikan hutang Kerajaan Negeri sebanyak RM262 juta 
termasuk faedah kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). 

“Pembayaran akan dibuat pada 28 Jun ini dan ia mengurangkan beban hutang 
ditanggung Kerajaan Negeri,” katanya. 

Difahamkan, pinjaman wang berkenaan dibuat Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan 
isu berkaitan pampasan tanah Felda Sendayan beberapa tahun lalu.  
     
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9227289.asp 

MANA PERNAH KITA JANJI LAPANGAN TERBANG
Sinar Harian Mei 2011 - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan 
janji-janji yang dibuat semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu akan ditunaikan 
oleh Kerajaan BN sebagai bukti kesungguhan dalam meningkatkan kesejahteraan 
masyarakat. MANA PERNAH KITA JANJI LAPANGAN TERBANG.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9115249.asp 

PANGKALAN UDARA BAHARU TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA DI SENDAYAN
Utusan Malaysia 28 Mei 2011 – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 
kawasan Sendayan sebagai pangkalan baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 
bagi menggantikan Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Sungai Besi yang akan ditutup 
tidak lama lagi.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0529&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive
 

LANDASAN PESAWAT KECIL DIBINA DI REMBAU
Utusan Malaysia 21 Feb 2008 - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan 
negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab 
Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan 
berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, 
Rembau.
http://amkns.blogspot.com/2011/05/majlis-letak-batu-asas-landasan-pesawat.html

SEJARAH LAPANGAN TERBANG SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR
Lapangan Terbang Sungai Besi di Kuala Lumpur mencatatkan rekod sebagai lapangan 
terbang pertama di negara ini dan pada 1.8.1956 ia telah diisytiharkan bertaraf 
antarabangsa, dibuat oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul 
Rahman serentak dengan pembukaan rasmi bangunan pengkalan baru yang berharga 
$590,000. 
   
Lapangan Terbang Kuala Lumpur ini mula dibina pada tahun 1930 dan diperbesarkan 
pada tahun 1948. Lapangan Terbang Sungai Besi ini berukuran 6,200 kaki panjang. 
Ia boleh digunakan dalam semua cuaca. Kapal terbang pertama yang mendarat di 
lapangan terbang ini ialah sebuah pesawat British, B.O.A.C. pada tahun 30an.
http://www.pnm.my/yangpertama/Auto_Lpgtrbng.htm 

SUNGAI BESI AIRPORT KUALA LUMPUR  
Airport, this airport has become now the operating ground and base of the 
military force and their aviation wing of Malaysia. 

Sungai Besi Airport Kuala Lumpur in Malaysia is used by the Royal Malaysian Air 
Force, the aviation wing of the Malaysia Fire and Rescue Department and the 
aviation unit of the Royal Malaysian Police. All these forces have impart a 
particular grandeur to the operations from Sungai Besi Airport Kuala Lumpur. 

There are two runways in Sungai Besi Airport Kuala Lumpur. Aprt from the 
regular features of an airport, this airport has some other additional 
interesting aspects as well. The base of the Royal flying club, named The Royal 
Selangor Flying Club, has also a base in this airport. Moreover, one military 
museum, The Royal Malaysian Air Force Museum is located near this airport 
making it one of the innumerable travel destinations in Kuala Lumpur. 
http://www.flightshotelstours.com/malaysia/flights/kuala-lumpur/sungai-besi-airport.html
 

Sembawang Air Base
Sembawang Air Base (ICAO: WSAG) is a military airbase of the Republic of 
Singapore Air Force located at Sembawang, in the northern part of Singapore. 
 
Currently, there are approximately 100 helicopters based in Sembawang Air Base, 
almost all are operating in support of the Singapore Army and the Republic of 
Singapore Navy. 

120 Squadron with 20 AH-64D Longbow Apaches
123 Squadron with 5 EC120 Colibri
124 Squadron with 6 S-70B Seahawks
125 Squadron with 22 AS332M Super Puma
126 Squadron with 12 AS532UL/AL Cougar
127 Squadron with 12 CH-47SD Chinooks.
http://en.wikipedia.org/wiki/Sembawang_Air_Base 

Heliport -  an airport for helicopters
http://www.thefreedictionary.com/Helicopter+port 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke