Kesian pakcik kat bawah ni, terpaksa mengadu dalam internet. Agaknya akhbar yang amat begitu kuat membela orang Melayu tak minat membela Melayu macam ni, apatalah lagi bekas Polis. Minta maaflah Polis Pencen ya, kerajaan sedang sibuk arahkan polis belum pencen untuk menangani Perhimpunan BERSIH. Dan kerajaan tak minat agaknya lagi nak bantu pembeli rumah terbengkalai, hanya minat SKIM RUMAH MAMPU MILIK berharga tidak lebih RM220,000.00 mungkin harga RM219,999.99.
Buktinya tengok saja laman web mangsa-mangsa pembeli rumah terbengkalai di http://terbengkalai.blogspot.com Polis dan tentera ni hanya berguna sebelum pencen agaknya, semasa undi pos. ********** Rumah terbengkalai di Taman Bukit Riah, Pengkalan Hulu, Perak Aduan Rakyat Online, 25 Jun 2011 Saya ingin perhatian pihak tuan berkaitan rumah terbengkalai di Taman Bukit Riah Pengkalan Hulu, telah 23 tahun kami menunggu rumah tak juga diserahkan, dah baiki semula minta pihak tuan ketengahkan ADA PEMBELI DAH MENINGGAL rumah tak juga dapat duduk. Kami bekas Pasukan Gerak Am Batalion 18 kebanyakan dah pencen rumah tak dapat duduk, potongan tetap di bayar pada kerajaan dan bank. Minta kerjasama sangat tuan untuk ketengahkan isu ini, Rumah Kos Rendah Taman Bukit Riah Pengkalan Hulu Jalan Betong.. tarikh beli 30/4/1991. Puas mengadu tapi tak dapat perhatian. Rumah dah di baiki tapi kunci pula tidak mahu diserah. Pihak kami tidak membuat tuntutan apa-apa dari mana-mana pihak, kami hanya menunggu untuk rumah diserahkan, itu sahaja, kerjasama pihak tuan amat kami nantikan ibarat menanti buah yang tidak gugur http://www.aduanrakyat.com.my/rumah-terbengkalai-di-taman-bukit-riah-pengkalan-hulu-perak 30 Julai 2005 Majlis Penerangan dan Menandatangani Surat Akujanji Projek Perumahan Terbengkalai Taman Bukit Riah, Kroh, Pengkalan Hulu, Perak. http://www.spnb.com.my/bm/corporate/media_event2005.htm Skim Rumah Pertamaku dilancar Utusan Malaysia, 9 Mac 2011 KUALA LUMPUR 8 Mac - Golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan belum memiliki kediaman sendiri boleh menarik nafas lega apabila mereka berpeluang untuk membeli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan hari ini. Menurut Perdana Menteri, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa mulai hari ini membenarkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah, memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000. "Langkah ini akan membantu golongan muda di Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka dengan lebih cepat, SELARI DENGAN OBJEKTIF KERAJAAN UNTUK MENYEDIAKAN RUMAH MAMPU MILIK," katanya semasa berucap melancarkan Skim Rumah Pertamaku, di sini hari ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0309&pg=mh_01.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&y=2011 ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

