Adakah Litar Lumba Mini di Seremban ini merupakan salah satu lagi Projek Gajah
Putih di Negeri Sembilan antara beberapa koleksi Projek Gajah Putih di Negeri
Sembilan ? Beberapa Projek Gajah Putih sebelum ini yang dilaporkan pada pautan
berikut http://gajahputihn9.blogspot.com
Litar lumba mini terbiar sepi
Sinar Harian 28 Jun 2011
SEREMBAN – Tujuannnya untuk memberi peluang kepada orang ramai menghabiskan
masa dengan aktiviti berfaedah. Bagaimanapun, pembinaan litar lumba mini di
Seremban 2, di sini seolah-olah satu pembaziran.
Ini kerana, litar yang popular dengan aktiviti kereta kawalan jauh sejak
kira-kira dua tahun lalu itu kini terbiar tanpa sebarang aktiviti, berbanding
sebelum ini sebanyak enam kali setahun pertandingan dianjurkan di situ.
Bagaimanapun, disebabkan litar tidak sekata dan tiada kemudahan asas untuk
orang ramai, ramai pengemudi kereta mini lari dan bertanding di negeri lain.
Pengerusi Kelab Speed Sideway RC Car Club (SSRCCC) Negeri Sembilan, Mohd Nizar
Abd Jabbar berkata, setiap kali pertandingan kereta kawalan jauh dianjurkan di
Seremban, peserta sering berdepan situasi kenderaan mereka aterjejas akibat
litar kasar dan tidak sekata.
“Kita bukannya nak perhatian lebih, tetapi litar yang ada ini amat teruk dan
tidak sesuai lagi dengan kereta kawalan jauh.
“Peserta akan berhadapan dengan masalah tayar dan kondisi kereta yang tidak
baik selepas bertanding di litar ini. Selain itu, kemudahan untuk peserta dan
pengunjung yang menyaksikan perlumbaan ini juga tiada di sini,” katanya kepada
Sinar Harian, di sini semalam.
Mohd Nizar berkata, disebabkan masalah itu, tiada lagi pertandingan diadakan di
situ berbanding awal pembinaannya pada 2009.
“Saya juga pernah menyusulkan surat kepada Majlis Perbandaran Seremban (MPS)
untuk mereka membaik pulih kawasan litar ini agar lebih ramai yang turun
beraksi, namun sehingga kini belum ada jawapan,” katanya.
Mohd Nizar berkata, aktiviti kereta kawalan jauh itu mempunyai pengikut ramai
terutama dari seluruh negara, sekali gus mewujudkan aktiviti sihat kepada
golongan muda.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9234362.asp
------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/
Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke
[email protected]! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[email protected]
[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/