Bimbang penjenayah berkeliaran di kawasan rumah 
Sinar Harian 28 Jun 2011 

SEREMBAN – Penduduk Taman Dusun Setia, di sini menggesa pihak berkuasa terutama 
polis melakukan rondaan lebih kerap bagi mengurangkan kadar jenayah di kawasan 
taman tersebut. 

Seorang peniaga di taman berkenaan, T.Veerasamy, berkata, kedai runcitnya sudah 
dua kali dimasuki pencuri sejak kebelakangan ini. 

“Pada 20 Mei, kedai saya dimasuki pencuri dan mencederakan saya sekeluarga. 
Kejadian menyebabkan kerugian sebanyak RM25,000. 

“Akibat kejadian itu, saya sekeluarga tidak tinggal di rumah kedai ini 
sebaliknya menyewa di tempat lain kerana masih trauma dengan kejadian 
tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, di taman perumahan berkenaan. 

Veerasamy berkata, bukan sahaja kedainya dirompak, malah kebanyakan rumah 
penduduk taman tersebut juga turut mengalami nasib sama. 

“Penduduk amat bimbang akan keselamatan harta benda dan diri apabila banyak 
kejadian rompakan berlaku di kawasan ini. 

“Keselamatan penduduk ibarat hujung tanduk kerana tiadanya pihak berkuasa 
mahupun Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) mengawal kawasan taman ini,” 
katanya. 

Sementara itu, Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez yang membuat lawatan ke 
taman tersebut berkata, pihaknya sudah memanjangkan aduan kepada pihak 
berkuasa, namun masih tiada tindakan sehingga kini. 

“Bukan sahaja kejadian rompakan, malah jenayah seperti ragut juga kerap berlaku 
di kawasan ini, sekali gus membuatkan penduduk berasa takut hendak keluar rumah 
sendirian.  
      
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9230536.asp 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke