Ketenteraman penduduk terganggu! 
Sinar Harian 28 Jun 2011 

KAMPUNG SUNGAI RAYA – Ketenteraman dan keselesaan penduduk semalam hampir 40 
tahun hidup dalam suasana kampung di Kampung Sungai Raya kini terganggu! 

Penduduk mendakwa semuanya itu gara-gara projek penanaman pokok gaharu dan 
ternakan burung walit yang dijalankan di atas tanah seluas 20 hektar yang 
merupakan hutan simpan dan timbul persoalan mengapa projek ini boleh diluluskan 
sehingga mengakibatkan hutan digondolkan. 

Seorang penduduk, S Siva Kumar, 35, berkata, akibat penggondolan hutan itu 
penduduk di sini terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah. 

“Hutan ini mula digondolkan kira-kira 10 tahun lalu, di mana kayu balak mula 
ditebang dan dibawa keluar dari hutan berkenaan melalui jalan-jalan di kampung 
ini secara ‘senyap’ tanpa diketahui penduduk. Namun, aktiviti itu terhenti 
seketika dan sekitar setahun lalu, projek ini bermula semula. 

“Akibatnya, penduduk yang terpaksa menanggung kesan buruk daripada aktiviti itu 
yang dilihat lebih memberi keuntungan kepada sebelah pihak,” katanya ketika 
ditemui Sinar Harian, di sini semalam. 

Siva Kumar berkata, penduduk berhampiran terpaksa berkongsi jalan kampung 
dengan pelbagai jenis kenderaan berat seperti jentolak yang digunakan untuk 
projek terbabit sehingga mengakibatkan jalan rosak. 

Lebih membebankan, katanya, rumah penduduk dilanda banjir lumpur kira-kira dua 
minggu lalu dan ia adalah kejadian paling buruk pernah berlaku. 

“Seminggu kemudian kejadian sama berlaku tetapi tidak terlalu teruk. Namun 
semua air dari tempat projek itu yang terletak di bukit mengalir bersama tanah 
lumpur hingga membanjiri kawasan kebun dan rumah tidak sampai satu jam. 

“Kejadian itu menyebabkan mangsa banjir mendapat bantuan polis untuk 
membersihkan banjir lumpur yang masuk ke rumah dan mengalami kerugian besar,” 
katanya. 

Semua pihak berwajib telah turun padang, termasuk pengurus projek berkenaan dan 
mereka berjanji akan membina parit besar bersempadan dengan lereng bukit projek 
dijalankan dan rumah penduduk dalam tempoh secepat mungkin. 

Siva Kumar berkata, parit itu belum digali sehingga kini dan mereka hanya 
membina empangan tanah di lereng bukit kononnya untuk menyekat aliran lumpur, 
tetapi tidak berkesan kerana limpahan air yang banyak memusnahkan empangan. 

Malah, menurutnya, jalan kampung yang rosak hanya diturap dengan batu manakala 
jambatan yang hampir roboh dibiarkan begitu sahaja. 

“Akibatnya, sekali lagi penduduk di sini dilanda banjir lumpur pada Sabtu lalu. 

“Oleh itu, sebuah longkang sementara kemudian dibina di hadapan rumah penduduk 
selepas diarahkan secara keras oleh pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya 
lagi. 

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Rohana Nasir, 57, berkata, jika benar 
kerajaan meluluskan projek di atas tanah rezab hutan simpan ini, semua pihak 
berkaitan perlu memantau projek itu secara telus. 

“Saya sendiri hairan bagaimana projek ini boleh dibangunkan di hutan simpan ini 
dan sekarang ternyata memberi beban besar kepada rakyat. 

“Saya juga amat berharap agar semua pihak berkaitan mengkaji semula secara 
terperinci dari semua aspek bagaimana projek ini diluluskan. Kami bimbang 
sekiranya terdapat unsur ‘kotor’ atau memang diluluskan kerajaan,” katanya. 

Menurutnya, penduduk di sini juga sangat mengharapkan agar ada pembelaan segera 
yang diterima, termasuk langkah pencegahan dilanda banjir lumpur sekali lagi, 
memandangkan sekarang ini musim hujan. 

“Hujan yang tidak sampai satu jam boleh mengakibatkan banjir lumpur yang teruk 
seperti mana yang kami alami dua minggu lalu, akibatnya banyak harta benda yang 
musnah,” katanya.  

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9237206.asp



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke