Pengancam sebenar keselamatan rakyat Malaysia ialah pemandu bas dan pemandu lori yang bermaharajalela di jalanraya. Ada menteri nak arahkan polis dan JPJ tangkap pemandu ini sampai ke lubang cacing? Tangkap orang baju BERSIH adalah sampai ke lubang bakteria, bukan lubang cacing lagi. Menteri apa kisah, mereka tak naik bas ekspres, pergi mana-mana, polis juga yang escort. Polis escort juga yang selalu kemalangan.
Gila merebut kuasa, atau gila mempertahankan kuasa? ************** MINTA JPJ SENTIASA PANTAU KELAJUAN BAS EKSPRES Berita Harian 4 Julai 2011 SAYA seorang pelajar yang sering berulang alik dari Kuala Lumpur ke Butterworth atau Parit Buntar, Perak dengan menaiki bas ekspres. Sepanjang saya berulang alik selama lebih empat tahun, saya mendapati beberapa bas ekspres daripada beberapa syarikat terkemuka sering dipandu laju melebihi 110 kilometer (km) sejam. Kadangkala kelajuan bas ekspres itu meningkat sehingga 130km sejam sehinggakan bas ekspres itu dapat memotong kereta di lorong kanan. Ketika berada di dalam bas ekspres, saya sentiasa berdoa supaya Allah SWT melindungi saya daripada malapetaka seperti kemalangan. Ini kerana seorang sahabat saya pernah menjadi korban kemalangan bas ekspres di Melaka pada tahun lalu. Saya sering duduk berhampiran pemandu bas untuk melihat panel meter kelajuan bas itu tetapi pemandu mengarahkan saya untuk duduk di tempat yang terlindung daripada ruang pemandu. Saya ingin mencadangkan kepada pihak berkuasa supaya mengkaji semula waktu jangkaan ketibaan (ETA) bas ekspres untuk sesuatu syarikat bas ekspres. Kebanyakan waktu itu agak singkat untuk kenderaan besar dan berat seperti bas ekspres. Waktu ketibaan bas ekspres seharusnya lebih lama berbanding kereta kerana bas hanya boleh dipandu sehingga 90km sejam saja dan bas itu berhenti di hentian rehat dan rawat. Faktor ini menjadi ukuran kepada waktu ketibaan bas yang sebenarnya. Jika bas itu tiba mengikut waktu ketibaan kereta, maka bas itu berkemungkinan dipandu dengan laju. Pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hendaklah sentiasa menjalankan operasi secara berterusan agar pemandu bas sentiasa sedar pemanduan mereka diperhatikan oleh pihak berkuasa. Tumpuan hendaklah juga diberikan kepada bas yang berenjin besar yang boleh dipecut laju walaupun ketika di kawasan berbukit seperti di sekitar Ipoh kerana kuasa enjin yang tinggi. Saya berharap pihak berkuasa sentiasa menjalankan operasi secara berterusan dan kerap. Kami penumpang bas ekspres sentiasa berasa takut ketika berada di dalam bas. PENUMPANG PRIHATIN, Parit Buntar, Perak. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MintaJPJsentiasapantaukelajuanbasekspres/Article ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

