Pusat Aduan Rakyat (PAS) DUN Chembong - MTD PAS Chembong meneruskan usaha membantu masyarakat yang berada dalam kesusahan dan ditimpa musibah, baru-baru ini pengarahnya En Nazri dan rombongannya terdiri daripada wakil HALWA dan bendahari (En Rosli ) telah menziarahi seorang warga emas Puan Hazaseh @ Azizah Maarof, 73 tahun di Kampung Bt 17, Chembong kerana mengalami musibah di mana rumah dan semua hartanya musnah dalam kebakaran pada 8 hb Jun (Rabu malam khamis), baru-baru ini.
Beliau tidak dapat menyelamatkanapa-apa barang termasuk wang yang disimpan dalam tin sebanyak RM2,100, menerima hakikat kini tinggal sehelai sepinggang. Pihak MTD telah membuat lawatan awal pagi Khamis untuk mengetahui perkembangan daripada pihak bomba dan Jabatan Kebajikan Masyarakat berkaitan keperluan yang boleh diberi kepada mangsa. Setelah maklumat diperolehi, pihak pengarah MTD telah berbincang dengan AJK untuk mengadakan ziarah dan memberi sumbangan kepada Puan Azizah yang kini menetap sementara di rumah saudaranya yang berhampiran. Sumbangan berupa wang tunai dan keperluan bahan mentah bagi meringankan kesusahan beliau. Semasa menziarahi beliau, pihak MTD PAS Chembong berharap supaya beliau dapat bersabar dan bantuan rumah baru melalui Jabatan Kebajikan dapat disegerakan. Beliau juga merayu kepada mana-mana pihak atau individu untuk tampil memberikan sumbangan dengan menghubungi talian 0193457690 (Pengarah MTD) Sumber dari Blog Pusat Aduan Rakyat (PAS) DUN Chembong di http://parchembong.blogspot.com/2011/06/mtd-pas-chembong-realisasikan-konsep.html ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

