Terlalu sangat hendak mencipta rekod, arahkan semua sekolah, semua pelajar, 
semua guru buat larian 1Malaysia nak pecah rekod konon. Akhirnya para pelajar 
yang disengat tebuan. Ada Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri pergi 
melawat pelajar ini, atau menyalahkan guru-guru kerana tidak menjaga 
keselamatan para pelajar?

21 PELAJAR DISENGAT TEBUAN KETIKA LARIAN 1MURID 1SUKAN 
Mstar Ahad Julai 3, 2011 

KOTA BAHARU: Seramai 21 murid dan pelajar dari dua sekolah di Bachok dimasukkan 
ke hospital selepas mereka disengat tebuan ketika menyertai Larian 1Murid 
1Sukan 1Malaysia pagi Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) ZaidAhmad 
berkata kesemua pelajar itu terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan(SK) 
Badak dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badak, yang diserang sejenistebuan 
tanah dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu.

"Lapan pelajar perempuan adalah dari SMK Badak dan bakinya dari SK Badakyang 
dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Tiada yang cedera serius," katanya 
kepada Bernama di Wad 5 HRPZII di sini.

Zaid berkata mereka yang terlibat merupakan murid Tahun Empat dan Tahun 
Limaserta pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

Menurutnya kesemua pelajar itu akan dibenar pulang secara berperingkatpetang 
ini.

Sementara itu, murid Tahun Empat SK Badak Mohd Farid Firdaus berkata 
beliaumenerima tujuh sengatan tebuan tanah itu ketika berlari beramai-ramai di 
satukawasan semak di satu laluan berdekatan sekolah.

Beliau berkata mereka kemudian dihantar ke Hospital Bachok sebelum dihantarke 
HRPZII di sini.

Rakannya Nur Syafiqah Azmi, 10, berkata beliau hampir pengsan dan 
menjeritkesakitan ketika serangan tebuan itu berlaku.

"Saya kena tiga sengatan di badan dan cikgu hantar ke hospital," katanya.

Pelajar SMK Badak, Aishah Mansor, 13, berkata ketika larian dia 
tiba-tibamelihat tebuan itu menyengat rakan-rakannya termasuk beliau. "Semua 
pelajar menjerit dan kami semua kembali ke sekolah sebelum dihantarke 
hospital," katanya yang terkena empat sengatan tebuan. - BERNAMA
http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2011/7/3/mstar_jenayah/20110703152150&sec=mstar_jenayah
 

LARIAN 1MURID 1SUKAN PECAH REKOD MBOR

 
TAIPING 2 Julai - Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang berlangsung di 
seluruh negara berjaya mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai 
larian terbesar yang disertai oleh 4,137,126 pelajar daripada 9,980 buah 
sekolah.

Larian yang diadakan sempena pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan di Padang Dataran 
Perbandaran Taiping itu turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri 
Muhyiddin Yassin awal pagi ini.

Muhyiddin sewaktu berucap pada majlis tersebut menegaskan, sukan merupakan satu 
platform pembentukan sahsiah pelajar dan memupuk integrasi sosial seiring 
dengan Falsafah Pendidikan Negara.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0703&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm&arc=hive
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke