Kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Mereka kata rakyat yang menyertai perhimpunan BERSIH mengancam keselamatan negara, rupanya ada polis yang tak BERSIH bertindak zalim sesama saudara.
PATAH KAKI Harian Metro, 5 Julai 2011 SEREMBAN: Seorang wanita berusia 50 tahun patah kaki kiri akibat diterajang abang iparnya yang juga seorang anggota polis dalam satu kejadian di Ulu Beranang, di sini, Jumaat lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Rozinor Hussein berkata, dia sedang bekerja di sebuah resort di kawasan itu sebelum didatangi anggota polis itu yang tiba-tiba naik angin. “Lelaki itu memberitahu dia tidak berpuas hati dengan saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Rumah Rakyat Ulu Beranang, di sini, semalam. Ibu kepada enam orang anak itu mendakwa sebelum itu berlaku pertengkaran antara mereka disebabkan perangai lelaki terbabit yang suka ‘membawa mulut’ kepada penduduk kampung. “Namun, saya tidak sangka dia (anggota polis) sanggup bertindak menampar pipi dan menendang kaki saya hingga patah. “Saya turut diherdik dengan perkataan kasar. Pelbagai perkataan hina dilemparkan, malah saya dipanggil ‘si miskin’ dan banyak lagi,” katanya. Katanya, selepas memukulnya, anggota polis itu beredar dari tempat kejadian sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Broga dan mendapatkan rawatan di Hospital Kajang. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Patahkaki/Article/index_html ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

