Nampaknya kuarters guru 1Malaysia ini semacam projek Gajah Putih kebanggaan Muhyiddin dan kerajaan Umno/Barisan Nasional. Yang penting ada projek buat kuarters guru. Samada kuarters tersebut terbiar, tidak berpenghuni apa mereka kisah. Begitu banyak projek perumahan terbengkalai 1Malaysia, kini 8,812 kuarters guru tidak berpenghuni. Tak apa, lalaikan rakyat dengan ancaman BERSIH.
Blog projek Gajah Putih di http://gajahputihn9.blogspot.com Blog Perumahan Terbengkalai di http://terbengkalai.blogspot.com Baca DERITA DUA GURU WANITA BUJANG MENDIAMI KUARTERS GURU DI FELDA PALONG , NEGERI SEMBILAN pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/07/kuarters-guru-projek-gajah-putih.html 8,812 UNIT KUARTERS GURU MASIH KOSONG Sinar Harian 5 Julai 2011 KUALA LUMPUR - Sejumlah 8,812 unit kuarters guru masih kosong dan tidak diduduki berikutan pelbagai faktor, termasuk kekangan peruntukan untuk menaik taraf kuarters berkenaan, persidangan Dewan Negara diberitahu semalam. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, antara faktor lain ialah lokasi kurang sesuai, bayaran elaun Imbuhan Tetap Perumahan (IPT) serta elaun Sara Hidup (COLA), pemotongan keseluruhan ITP dan 50 peratus COLA bagi yang menduduki kuarters serta keadaan fizikal yang tidak diselenggara. “Terdapat juga berlaku pengurangan pelajar di satu-satu sekolah, menyebabkan bilangan guru-guru di sekolah terbabit berkurangan, akibatnya berlaku kekosongan unit kuarters guru,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman. “Setakat ini kekosongan kuarters guru berjumlah 8,812 dan bukannya 3,000 seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan. Sekiranya peruntukan dapat diberikan oleh Kementerian Kewangan, sebahagian besar pusat latihan akan diubah suai untuk kegunaan pendidikan,” katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, semalam. - Bernama http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story9260846.asp Lima kuarters guru terbiar di Gemas, kisahnya di http://pasns.blogspot.com/2011/06/lima-kuarters-guru-terbiar.html MASALAH Kuarters Institusi Pendidikan (KIP) Berita Harian 12/05/2011 MASALAH Kuarters Institusi Pendidikan (KIP) usang dan tidak diselenggara seperti dilaporkan akhbar ini sejak tiga hari lalu sebenarnya bukan isu baru. Pemilihan lokasi strategik perlu diambil kira sebelum Kementerian Pelajaran membina KIP kerana hasil tinjauan Berita Harian di lima negeri membuktikan kuarters yang tidak dihuni itu jauh daripada kemudahan asas seperti kedai dan Pusat Kesihatan. Penulis yang membuat tinjauan ke tiga lokasi KIP, termasuk di FELDA Palong, Gemas, Negeri Sembilan boleh memahami mengapa kuarters yang dilihat menyeramkan itu enggan dihuni warga pendidik. Pihak yang diberi tanggungjawab untuk menyelenggara KIP juga perlu prihatin dengan setiap masalah dan kekurangan di kawasan dipertanggungjawabkan supaya guru tidak berasa dianaktirikan, selain terpaksa mengeluarkan kos baik pulih sendiri. Keadaan sekitar yang sangat menyeramkan dan menyakitkan mata memandang kerana tidak menggambarkan langsung kawasan penempatan warga pendidik dengan semak-samun menjalar, tiada papan tanda serta tahap keselamatan mendukacitakan. kerajaan kerana terpaksa kerugian jutaan ringgit apabila kuarters disediakan terpaksa dibiarkan kosong. http://www.bharian.com.my/articles/Analisis_KIPkawasanbandar_strategiksentiasajadirebutan/Article/ ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

