Sinar Harian 11 Julai 2011 

KUALA PILAH – Penduduk sekitar di sini memohon kepada pihak berkaitan untuk 
menyediakan pengangkutan bas khas untuk berulang alik dari Pekan Pilah ke 
Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN). 

Ini kerana rata-rata penduduk yang tinggal di kampung tidak mempunyai kemudahan 
pengangkutan terutamanya warga emas. 

Naib Di-Pertua PAS Kawasan, Abdul Karim Shahimi Abd Razak berkata, masalah 
ketiadaan pengangkutan khas menuju ke hospital membebankan masyarakat. 

“Ada di antara mereka perlu membuat rawatan susulan setiap minggu dan ke 
hospital atas sebab-sebab tertentu. 

“Saya lihat, adalah wajar pihak berkenaan menyediakan bas khas untuk golongan 
itu supaya dapat mengurangkan beban mereka. Mereka juga tidak perlu lagi 
menaiki kereta sewa yang sudah tentu harganya jauh lebih mahal berbanding 
menaiki bas,” katanya. 

Sehubungan dengan itu, atas kelewatan masa masa untuk menunggu bas membuatkan 
penduduk kecewa. 

“Bas yang lewat tiba di perhentian bas sudah menjadi kebiasaan buat penduduk di 
sini. Kadang-kala mereka terpaksa menunggu hampir sejam dan terpaksa menaiki 
pengangkutan lain untuk ke hospital mahupun ke tempat lain. 

“Masalah ini perlu diberi perhatian agar ia mendapatkan kesejahteraan kepada 
semua pihak. Mungkin cadangan menyediakan bas khas ke hospital dapat melegakan 
hati penduduk di sini,” katanya. 

Malah katanya, atas sebab kekangan kewangan, ada segelintir daripada mereka 
terpaksa menunggu anak pulang atau menyewa kereta dengan jiran untuk ke 
hospital. 

“Di kampung, kemudahan bas tidak disediakan. Justeru, inisiatif menyewa kereta 
jiran lebih murah berbanding kereta sewa. 

“Perkara ini sudah menjadi kelaziman penduduk di sini. Namun, sampai bila 
mereka harus bertahan? Sedangkan di negeri lain, pihak kerajaannya telah pun 
menyediakan bas khas ke hospital bagi memudahkan rakyat. Saya harap pihak 
berkenaan dapat mempelbagaikan kemudahan di sini,” katanya.  

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9318195.asp      




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke