*Filem Tiga Abdul, P Ramlee dan Bersih 2.0*

*Kanda kena bersikap demokrasi,*

*Demokrasi bagaimana?*

*Semua harta ayahnda, kekanda serahkan kepada adinda.. **kekanda jangan
ambil satu sen pun!*

*Itu demokrasi hape?*

*Itulah demokrasi terpimpin!*

*Terpimpin kepale hotak kau !!!!!!!!!!*

Inilah  antara beberapa dailog yang terdapat dalam filem tiga Abdul.
Ceritanya berbentuk komidi tetapi sarat dengan sindiran sinis.  Cerita ini
cuba mengambarkan apa yang berlaku kepada keluarga Tuan Sadik Sigaraga dan
tiga orang menantunya.

Tetapi lebih dari itu, kemungkinan besar  P. Ramlee  cuba mengambarkan
keadaan masyarakat pada masa itu.  P Ramlee cuba menunjukkan kepada rakyat
Malaysia bagaimana teruknya keadaan masyarakat pada masa itu apabila
kebendaan terlampau diagungkan.

Dalam filem ini P Ramlee dengan jelasnya  mengambarkan beberapa penyakit
social  yang telah wujud pada masa itu iaitu seperti rasuah. Ianya dilakukan
secara terang tanpa ada rasa malu seperti yang dilakukan oleh watak Tuan
Penasihat kepada Tuan Sadik. Dan Tuan Penasihat ini pula selalu mengulangi
perkataan  20% (sebagai ganjaran) dengan bangga tanpa ada rasa malu sedikit
pun.

Begitu teruknya rasuah, hatta nak masuk kedalam sebuah parti juga terpaksa
memberi rasuah kepada penyambut tetamu.  Hasilnya seperti dalam filem ini
dengan rasuah, walaupun namanya  tiada dalam senarai jemputan, Tuan Sadik
dapat juga masuk.

Selain dari itu,  filem ini juga mengambarkan kita betapa besarnya pengaruh
wanita atau isteri kepada lelaki. Bagaimana anak – anak perempuan Tuan Sadik
telah berjaya mengikis harta menantu-menantunya iaitu abang-abang kepada
Abdul Wahab.

P Ramle (Abdul Wahab)  tidak juga lupa menceritakan bagaimana berlaku ‘class
struggle’ didalam masyarakat pada masa itu, apabila abang-abangnya  cuba
menghina khadam milik arwah bapa mereka semasa berlaku pertengkaran tentang
pembahagian harta pusaka ayah mereka.

Tapi antara yang paling menarik ialah dialog seperti yang disebut diatas,
bagaimana demokrasi juga wujud pada masa itu tetapi maknanya boleh berubah
mengikut kepentingan siapa yang berkuasa.

P Ramlee sebenarnya cuba  mengajar kita tentang reality politik pada masa
itu.

Setelah  50 tahun berlalu, keadaan maysarakat dan politik Malaysia tak
banyak berbeza dari apa yang cuba  di gambarkan oleh P Ramlee dalam filem
Tiga Abdul ini yang dikeluarkan sekitar tahun 1960an.

Gejala rasuah makin menjadi-jadi dan lebih teruk lagi sampai boleh
dihalalkan pulak ( seperti politik wang). Pengaruh sang isteri terhadap sang
suaminya (contoh sekarang, boleh fikir sendiri). Kekayaan dan kemewahan
negara hanya untuk orang tertentu saja, akibat yang susah seperti rakyat
bawahan terus tidak terbela.

Kita mengaku  mengamalkan demokrasi, tetapi yang macamana? Sebenarnya
demokrasi kita tak jauh beza seperti apa yang cuba digambarkan oleh P Ramlee
dalam filem tiga Abdul ini, iaitu demokrasi ‘terpimpin’- tujuannya  tak
lebih dari menjaga kepentingan orang tertentu sahaja pemimpin, kroni dan
tukang-tukang bodek.

Tetapi yang paling-paling menarik sekali dalam filem tiga Abdul ini, mungkin
disebabkan pada masa itu media juga dikawal oleh pihak tertentu, hasilnya
tiada ruang untuk rakyat meluahkan perasaan.

Maka dalam filem ini, P Ramlee cuba  mengambarkan bagaimana sekumpulan anak
yatim yang di ketuai oleh seorang ustaz mereka terpaksa mengadakan  perarakan
dan rapat umum ditengah-tengah bandar meluahkan perasaan dan penderitaan
mereka.

Walaupun berlaku sedikit ‘anarki’ di hujung perarakan ini dimana kedai dan
harta Tuan Sadik diserbu oleh kumpulan anak yatim ini  itupun atas arahan
Abdul Wahab, namun tiada ganguan dari pihak Polis atau FRU pada masa itu.

 Apa yang hendak ditunjukkan oleh P Ramle kepada kita ialah bahawa
masyarakat pada masa itu sudah biasa dengan demontrasi aman malah di terima
pakai oleh masyrakat pada masa itu.  Antara buktinya kebangkitan bangsa
Melayu menentang gagasan Malayan Union melalui beberapa siri rapat umum dan
perarakan amn.

Kita tahu semua penyokong Bersih 2.0 yang terdiri dari pelbagai bangsa dan
agama mempunyai tujuan yang murni iaitu ingin melihat satu sistem
pilihanraya yang adil dan bebas. Itu saja dan tidak lebih dari itu. Malah
penyokong Bersih 2.0 mempunyai hak untuk berkumpul dalam sebuah negara yang
mengamalkan Demokrasi.

Yang peliknya walaupun DYMM Agung juga sanggup berjumpa dan berbincang
dengan penganjur Bersih 2.0, namun Polis dan pemimpin BN tetap juga
mengatakan Bersih sebagai pertubuhan haram walaupun ianya jelas hanya
terdiri dari gabungan NGO, partai politik dan rakyat  yang inginkan keadilan
dan keamanan.

Bukan setakat itu saja polis terus bertindak seolah-olah mereka ini
pengganas dan sanggup melemparkan berbagai tuduhan kepada penyokong Bersih
dengan berbagai tuduhan yang langsung tak masuk akal.

Kalaulah P Ramlee masih hidup hingga ke hari ini dan menyaksi bagaimana
Polis bertindak terhadap rakyat apabila mereka menyokong perhimpunan aman
yang dianjurkan Bersih 2.0.

Rasanya, demo aman seperti yang terdapat dalam filem Tiga Abdul mungkin
terpaksa ditukar dialognya ataupun mungkin terpaksa ditiadakan atas arahan
pihak ‘tertentu’.

Rasanya, P Ramlee juga boleh memahami  mengapa Polis boleh berperangai
sedemikian bila berhadapan dengan penyokong Bersih 2.0…...

*Tanya pengikut setia Patih Kerma Wijaya kepada Patih Kerma Kerma Wijaya:*

*“Bagaimana kita hendak mencari kesalahan Laksamana Hang Tuah, sedangkan
beliau sekarang ini sudah menjadi kesayangan Tuanku (Sultan), Patih?”*

*“Kalau tak ada salahnya, diada-adakan salahnya” jawap Patih Kerma Wijaya**.
*

  ….Dialog dari filem Hang Tuah.

Begitulah adanya.

Megat Shariffudin Ibrahim

 9 Julai 2011.

Kirim email ke