Dulu kata Pak Lah ni "flip-flop". Bukankah Najib juga "flip flop"? Mula kata 
nak 
jumpa, lepas tu kata tak pernah janji. Mula kata nak bagi stadium, lepas tu 
kata 
tak pernah kata nak bagi stadium.

Jadi saya tanya apa beza Najib dgn Pak Lah dulu? Apakah pertukaran Pak Lah 
kepada Najib memberikan Malaysia kepimpinan yang lebih baik dari Pak Lah?

Kita jangan pada pengenalan program transformasi ekonomi baru, Najib mengatakan 
mahu mengurangkan tongkat kepada orang Melayu supaya orang Melayu boleh 
berdikari dan berlumba dengan bangsa lain dari segi ekonomi.

Tetapi Najib mengubah segalanya hanya dengan firman yang datang dari Ibrahim 
Ali@berhaim alkataki.

Najib lebih takut dengan Berahim Katak sehingga sanggup mengubah segala program 
ekonomi yang telah beliau rangka.

Ni baru dua tahun Najib jadi PM, lepas ni tak taulah berapa banyak lagi aksi 
"flip-flop" Najib akan lakukan.

Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Kita tunggu

Tulang Besi  

--
Posted By  Tulang Besi  to Malaysia Waves at  7/13/2011 10:02:00 AM

Kirim email ke