----- Forwarded Message ----
From: Tulang Besi <[email protected]>
To: [email protected]
Sent: Wed, July 13, 2011 4:09:40 PM
Subject: [Malaysia Waves] Lepas BERSIH, Pesta Beli Membeli Akan Bermula Kembali



Sewaktu Najib mula-mula mengambil tampuk pemerintahan dari Pak Lah, UMNO berada 
dalam keadaan yang tersangat lemah. Boleh dikatakan kesemua pilihanraya kecil 
mereka hadapi mereka tergolek. Isu Liwat Saiful yang mereka kehadapankan pun 
tidak sedikit pun mencederakan Anwar Ibrahim. Kemuncak kelemahan Najib dan UMNO 
adalah apabila ADUN BOTA melompat masuk PKR.

UMNO mengambil keputusan untuk melawan balik serangan Pakatan Rakyat yang 
bertubi-tubi dengan taktik yang kita panggil “BELI MEMBELI”.

TAKTIK BELI MEMBELI 

Sejurus selepas itu kita lihat pembelian berlaku dengan begitu galak sekali. 
Pembelian telah menyebabkan kerajaan negeri Perak jatuh dan bertukar tangan ke 
BN. GAMUDA Corporation mendapat kontrak RM40b untuk membina MRT. Kita lihat 
satu 
demi satu Ahli Parlimen PKR melompat dan menyokong Barisan Nasional.  Orang2 
seperti Zul Nordin telah sanggup menjadi pelacur politik selepas menjual maruah 
mereka. 


Pemimpin2 PKR dan DAP juga melompat seperti Salehuddin Hashim. Salehuddin 
Hashim 
dikatakan mendapat kerjaya baru yakni sebagai tukang beli dalam PKR. Beliau 
telah berjaya beli ramai pemimpin PKR yang lain. Malahan mereka-mereka yang 
pernah membela Anwar sewaktu tuduhan liwat Saiful mula-mula dulu pun telah 
berpatah balik. Sesetengah blogger pun kelihatan berpatah balik.

Raja Petra Kamaruddin telah disiarkan temuramah beliau di TV3 dimana beliau 
dikatakan menafikan pembabitan Najib dalam kes pembunuhan Al tantunya.  
Walaupun 
Raja Petra juga berjasa mendedahkan dalang2 di sebalik pembelian ini. Yang 
paling menakjubkan adalah pembelian ini dibiayai oleh Vinsetan sendiri. 


Di dalam PAS pula, pembelian ini berlaku sejurus selepas PRU 2008.  Akaun-akaun 
telah dibuka di Singapura di mana sebulan sekali wang akan di”wire-transfer” ke 
dalam akaun tersebut untuk dikeluarkan.  


Tak hairanlah selepas PRU 2008, sesetengah pemimpin PAS boleh berpindah ke 
rumah 
banglo, beli kereta mewah 2-3 bijik, makan mewah, tinggal di hotel mewah 
dsbnya.  
Malahan, Bar Council sendiri pun cuba dibeli. Ambiga itu telah direkomen untuk 
Datuk dan diberikan Datuk sebagai usaha mereka membeli Bar Council. Atas sebab 
itulah mereka menjadi sangat marah apabila Ambiga meneruskan agenda BERSIH.

Ini kerana usaha mereka untuk membeli AMBIGA telah gagal. Kesan dari aktiviti 
pembelian yang sebegitu aktif ini, Pakatan Rakyat menjadi lemah. UMNO pula 
semakin menjadi kuat dan tampak seperti ada peningkatan sokongan yang semakin 
tinggi kepada Najib Tun Razak. 


PEMBELIAN BERHENTI SEKETIKA

Setelah memenangi 3 PRK secara berturut-turut, aktiviti membeli berhenti 
seketika.

Mereka tidak perlu lagi membeli kerana mereka rasa mereka telah kuat semula. 
Syukur juga , pada PRK Sarawak, tiada seorang pun calon PKR yang berjaya dibeli 
oleh mereka.

Walaupun Salehuddin Hashim bersama pembantunya Johnson Chong berkampung di 
Sarawak kerana mahu menjalankan aktiviti membeli beliau, namun tiada seorang 
pun 
calon PKR yang berjaya dibeli. Walaupun dilaporkan lebih RM500 juta 
dibelanjakan 
oleh UMNO sendiri untuk kempen tersebut, tapi tiada seorang pun calon PR yang 
dibeli. Semua ini bakal berubah disebabkan oleh satu faktor:

KEJAYAAN PERHIMPUNAN BERSIH 

KEJAYAAN BERSIH BAKAL MEMULAKAN SEMULA AKTIVITI BELI MEMBELI

Tulang Besi berspekulasi kejayaan BERSIH telah meletakkan Najib Tun Razak dan 
UMNO balik ke tahap mereka sewaktu Najib mula-mula mengambil tampuk Perdana 
Menteri dari Pak Lah. Keadaan UMNO yang getir dan pening ini akan memaksa UMNO 
memulakan semula aktiviti beli membeli mereka. 


Cumanya, kali ini Tulang Besi berpendapat mereka akan cuba untuk membeli para 
pemimpin NGO pula. Tulang Besi yakin mereka sedang mengkaji latar belakang 
setiap pemimpin NGO yang memimpin BERSIH sekarang ini. Kemudian seorang demi 
seorang akan cuba dibeli oleh mereka.

Jangan terkejut kalau ada kepimpinan BERSIH selepas ini yang keluar memuji 
Najib, BN dan SPR. 


Kejayaan Abang Mat mengalahkan Nasa juga bakal menghidupkan semula aktiviti 
membeli mereka di dalam PAS. Akan ada kepimpinan PAS yang akan cuba dibeli oleh 
puak2 ini.

 JADIKAN BERSIH GERAKAN MASSA YANG TIADA SEORANG PEMIMPIN YANG JELAS

Penting BERSIH ini dijadikan AGENDA PERJUANGAN dan bukan satu gerakan mengikut 
seorang pemimpin atau sekumpulan kepimpinan. Kita belajar dari Mesir dan 
Tunisia 
apabila ketiadaan seorang kepimpinan yang jelas menyebabkan para diktator sukar 
untuk mematikan gerakan demokrasi.

Hasilnya, mereka sendiri yang tersungkur. Kita tidak kira siapa yang akan 
dibeli 
selepas ini. Yang pentingnya rakyat Malaysia memahami serta menyokong agenda 
ini. Tidak perlu ada kepimpinan yang jelas.  Cara ini akan menyukarkan Najib 
dan 
UMNO untuk menghancurkan BERSIH dengan taktik beli membeli mereka. 


Tulang Besi


 

--
Posted By  Tulang Besi  to Malaysia Waves at  7/13/2011 04:05:00 PM

Kirim email ke