Pas utama program kebajikan 
Sinar Harian 21 Julai 2011 

KUALA PILAH – Pas Kuala Pilah terus membantu dan mempergiat gerak kerja 
kebajikan rakyat, di sini demi kesejahteraan bersama. 

Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Pilah, Zaharuddin Othman berkata, mereka 
bergerak dari rumah ke rumah bagi membantu mengurangkan masalah rakyat miskin 
di Kuala Pilah yang masih lagi pada tahap belum memuaskan. 

Menurutnya, rakyat miskin di Kuala Pilah adalah tertinggi berbanding daerah 
lain di Negeri Sembilan. 

“Sebanyak 24 peratus daripada jumlah kadar kemiskinan di Negeri Sembilan 
seperti dikeluarkan Laman Web Rasmi Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri, 
Negeri Sembilan. 

“Atas kesedaran, keprihatinan dan tanggungjawab, Pas Kuala Pilah giat 
melaksanakan program Kebajikan Bersepadu dalam membantu masyarakat memerlukan,” 
katanya. 

Zaharuddin berkata, program bersepadu itu adalah kesinambungan program sebelum 
ini. 

“Salah satunya ialah program turun padang menyampaikan sumbangan kepada mereka 
yang kurang bernasib baik seperti golongan berpendapatan rendah, orang kurang 
upaya (OKU), orang sakit, warga emas dan ibu tunggal. 

“Di samping itu, kami akan membuka Pusat Khidmat di markas Pas Kuala Pilah dan 
setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menerima serta menangani masalah yang 
dihadapi masyarakat setempat di DUN tersebut,” katanya. 

Malah katanya, program bersepadu itu juga melibatkan khidmat sosial seperti 
gotong-royong membersihkan kawasan rumah, membaiki komputer, khidmat tuisyen 
dan lain-lain. 

“Program ini selaras dengan motto Negara Berkebajikan yang didukung Pas dan 
merupakan penterjemahan secara praktikal makna motto tersebut. 

“Pas prihatin dan mengambil berat terhadap golongan kurang bernasib baik serta 
akan terus membantu mereka agar dapat merasai hidup lebih bermakna sama seperti 
rakyat lain,” katanya. 

Justeru itu, sebagai permulaan, Pas Kuala Pilah telah turun padang memberikan 
sumbangan kepada individu di DUN Senaling. 

Hadir sama, Naib Yang Dipertua Pas Kawasan, Abd Karim Shahimi Abd Razak; 
Bendahari Pas Kawasan Kuala Pilah Shaharudin Abd Rahman; Pengerusi Lajnah 
Kebajikan Dewan Muslimat Pas Kawasan, Noorbibah Mahmud dan Ahli Jawatankuasa 
Pas Kawasan Kuala Pilah. Rosidi Yusof. 

Sinar Harian turut difahamkan, sumbangan ini akan diteruskan secara berkala dan 
akan dipergiatkan pada Ramadan yang akan datang serta membantu mereka yang 
memerlukan untuk menyambut Aidilfitri. 
      
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9354374.asp 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke