Pada 6 Julai 2011 kereta Toyota Hilux warna hitam plet no NCK64 kawan saya 
telah dicuri ketika diletak di hadapan rumahnya di sebuah taman perumahan di 
Senawang. Pada 19 Julai 2011 kawan saya kata motosikal Yamaha LC jirannya 
dicuri yang diletakkan dalam kawasan pagar rumah berkunci di Senawang. Ianya 
berlaku antara waktu tengah malam ke subuh. 

Dalam kedua-dua kes kenderaan telah dikunci dengan sistem kunci tambahan.

Timbalan Ketua Polis Negara mendedahkan di bawah ini, antara punca kes curi 
kenderaan ini semakin berleluasa adalah angkara RASUAH ! Selagi punca utama 
(root cause) RASUAH ini tidak dibanteras dari pucuk hingga ke akar umbi, rakyat 
menerima bahana pelbagai kes jenayah seperti curi kenderaan dan lain-lain 
nampaknya.

************** 
RM900J KERUGIAN KES CURI KERETA
Berita Harian 19 Julai 2011 

KUALA LUMPUR: Nilai kecurian kenderaan di Malaysia mencatat kira-kira RM900 
juta setiap tahun sejak tiga tahun berturut-turut, kata Timbalan Ketua Polis 
Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar. Jumlah kerugian pada tahun lalu mencecah 
RM890 juta, pada 2009 (RM920 juta) dan 2008 (RM930 juta). 

Sambil melahirkan kebimbangan dengan trend samun kereta, beliau berkata, 
jenayah curi kereta menyumbang kira-kira 40 peratus kepada indeks jenayah 
keseluruhan negara. 

“Pencuri kereta kini menggunakan sistem teknologi canggih dari Hong Kong dan 
China serta mudah melumpuhkan sistem penggera untuk melarikan sebuah kereta 
dalam tempoh masa amat singkat,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri 
Seminar Langkah-Langkah Lebih Baik dalam Menangani Kecurian Kenderaan di Awana 
Genting, semalam. 

Beliau berkata, kebanyakan kereta curi dileraikan komponennya sebelum dijual 
sebagai alat ganti di bengkel alat ganti terpakai atau dilarikan ke luar 
negara, termasuk Singapura, Thailand dan Australia. 

“Kegiatan SINDIKET CURI KERETA INI DIPERMUDAHKAN DENGAN UNSUR RASUAH di pintu 
masuk sempadan, pelabuhan, kedai kereta terpakai, bengkel membaiki kereta, 
syarikat insurans dan ini memudahkan mereka meleraikan kereta atau 
mengeksportnya tanpa masalah. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM900jkerugiankescurikereta/Article/index_html
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke