SEREMBAN 28 Julai 2011 - Kerajaan disarankan mempertimbangkan pemberian subsidi
kepada pengusaha bas berhenti-henti di negeri ini agar mereka dapat menampung
kos memperluaskan kawasan operasi. Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook
berkata, kos yang tinggi mengakibatkan pengusaha terpaksa menamatkan
perkhidmatan ke beberapa lokasi sekitar bandar ini.
“Penduduk di beberapa taman perumahan sering membuat aduan mengenai ketiadaan
bas berhenti-henti di kawasan mereka.
“Keadaan bertambah buruk apabila mereka terpaksa membayar sekurang-kurangnya
RM10 untuk caj teksi ke lokasi yang jaraknya kira-kira 10 kilometer sahaja,”
katanya kepada pemberita selepas sesi dialog DAP negeri bersama pengusaha bas
Cityliner di Taman Oakland dekat sini, semalam.
Hadir sama Pengurus Besar Wilayah II Cityliner, Mohd Zaki Awang dan Timbalan
Pengerusi DAP negeri, P Gunasekaran.
Sementara itu, Mohd Zaki berkata, pihaknya perlu ambil kira kos dan pulangan
daripada perkhidmatan bas disediakan di setiap lokasi.
"Pengusaha bas terpaksa tanggung rugi jika bilangan penumpang di kawasan
tertentu tidak cukup untuk tampung kos," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9378147.asp
Sila baca artikel mengenai kesukaran rakyat di Negeri Sembilan untuk
mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam yang sempurna bertajuk :
Perkhidmatan bas di N.Sembilan teruk sangat, pada pautan berikut
http://pasns.blogspot.com/2010/04/perkhidmatan-bas-di-nsembilan-teruk.html
------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/
Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke
[email protected]! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[email protected]
[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/