Akhirnya selepas menunggu selama 17 tahun, sambil berusaha memohon bekalan 
elektrik ke rumah beliau di Kg Ulu Jelebu dari TNB dan kerajaan UMNO/BN, pada 
27 Julai 2011, rumah En Radzuan Bin Halim, 50 tahun dan Puan Norhayati telah 
pun terang benderang dengan cahaya lampu berkat usaha dari sebuah NGO dengan 
kerjasama PAS Kawasan Jelebu dan PAS MTD Klawang.

Pihak NGO tersebut telah menyumbangkan sebuah generator dan 5 buah tilam kepada 
keluarga En Radzuan. 

Pihak PAS MTD Klawang telah memberikan kerjasama dengan menyumbangkan wayar dan 
paip untuk membuat pendawaian di dalam dan di luar rumah En Radzuan. 

Pasukan Unit Amal Jelebu telah menghantar 2 orang petugas mereka menjalankan 
kerja-kerja pendawaian tersebut.

En Radzuan menyatakan rasa gembira dan terharu dengan sumbangan dari pihak NOG 
tersebut dan usaha yang dijalankan oleh PAS untuk membantu beliau dan keluarga. 

Beliau mempunyai 10 orang anak, iaitu 6 perempuan dan 4 lelaki. Dengan adanya 
lampu yang terang ini dapatlah anak-anak beliau mengaji dan meneruskan 
pelajaran pada waktu malam katanya. 

En Radzuan menambah lagi walaupun dia tahu PAS bukanlah parti pemerintah tetapi 
usaha PAS yang ikhlas membantu orang-orang yang miskin seperti beliau, 
membuatkan beliau rasa terharu dan beliau mendoakan kemenangan PAS pada 
pilihanraya yang akan datang supaya lebih ramai lagi orang dapat dibantu.

Menurut Saudara Nor Anif (Timbalan YDP) adalah menjadi tanggungjawab PAS 
membantu semua orang sesuai dengan tema Muktamar tahunan PAS baru-baru ini 
iaitu ‘Negara Berkebajikan’.

Saudara Anif juga menegaskan bahawa walaupun sekarang ini rumah En Radzuan 
telah pun terang tetapi masih menjadi tanggungjawab kerajaan UMNO/BN 
menyalurkan bekalan elektrik ke rumah En Radzuan kerana bekalan elektrik adalah 
kemudahan asas yang menjadi hak semua rakyat Malaysia untuk mendapat nya 
terutamanya kawasan Parlimen Jelebu ini diwakili oleh Rais Yatim yang juga 
seorang Menteri Kanan.

http://pasjelebu.blogspot.com 

Laporan penuh bergambar di 
http://orangklawang.blogspot.com/2011/07/selepas-17-tahun-baru-nampak-cahaya.html
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke