DAP dakwa transaksi tanah 300ha Sendayan tak telus
Malaysiakini 29 Julai 2011 

Ketua Pembangkang Negeri Sembilan Anthony Loke Siew Fook mendakwa menteri besar 
negeri itu tidak telus dalam penjualan tanah seluas 303.5 hektar di Sendayan 
untuk menggantikan pangkalan udara tentera di Sungai Besi.

"Berapakah harga jualan keseluruhan tanah tersebut dan nilai jualan setiap kaki 
persegi? Apakah terma-terma dalam perjanjian jual-beli tersebut? 

"Apakah penjualan tanah itu dijalankan secara tender terbuka atau rundingan 
terus?" soal Loke (kiri) bertubi-tubi kepada Datuk Seri Mohamad Hassan. 

Loke juga mempersoalkan kenapa transaksi tersebut "dijalankan dengan begitu 
sulit" dan sama ada wujud perkara yang ingin disembunyikan daripada pengetahuan 
umum.

"Apa yang lebih memeranjatkan ialah speaker DUN Negeri Sembilan telah menolak 
soalan saya berhubung dengan isu tersebut dalam Persidangan DUN pada 8 Ogos 
depan," katanya.

Loke berkata, beliau mengemukakan soalan lisan tentang nilai penjualan tapak 
tanah tersebut kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan terperinci dan 
terma-terma yang terkandung dalam perjanjian jual beli tersebut.

'Penolakan sewenang-wenang'

Bagaimanapun, katanya, ia ditolak speaker melalui sepucuk surat bertarikh 20 
Julai 2011 tanpa dinyatakan apa-apa sebab.

"Penolakan soalan tersebut secara sewenang-wenangnya adalah sesuatu yang tidak 
boleh diterima sama sekali dan tidak mematuhi prinsip ketelusan dan 
akauntabiliti. 

"Ini jelas menunjukkan pentadbiran dibawah BN langsung tidak mengamalkan 
prinsip ketelusan dalam isu-isu kepentingan awam," katanya.

Beliau juga mengingatkan Mohamad, kegagalan memberikan penjelasan terbuka hanya 
akan menimbulkan keraguan sama ada transaksi tersebut diselubungi dengan unsur 
rasuah.

Sementara itu, Loke juga mengulas kenyataan Mohamad bahawa MBI milik kerajaan 
negeri berjaya membayar balik pinjaman RM250 juta kepada Kumpulan Wang Amanah 
Persaraan (KWAP) dalam tempoh 5 tahun.

Loke berkata, walaupun bangga dan mendakwa sebagai manifestasi kecekapan 
pengurusan kewangan dan pentadbirannya, ia sebenarnya tidak ada kena-mengena.

Sebaliknya, tambahnya, sebahagian tanah itu dijual kepada 1MDB untuk pembinaan 
pangkalan baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pinjaman tersebut dibuat pada tahun 2006 oleh MBI untuk menyelesaikan isu tanah 
Felda Sendayan yang melibatkan lebih 100 orang peneroka, katanya lagi.

http://malaysiakini.com/news/171435 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke