Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berada di Port Dickson pada 
30 Julai 2011 kerana buat pertama kali dalam sejarah Perbarisan Tamat Latihan 
bersama ATM dan PDRM. Tidak lama selepas itu ribut luar biasa yang amat dahsyat 
melanda Port Dickson hingga kubah menara masjid jatuh, kereta-kereta remuk 
dihempap pokok, tiang elektrik tumbang, pokok tumbang, khemah berterbangan.

Saksikan gambar-gambar eksklusif tersebut yang tidak terdapat di TV1, TV3, 
Utusan pada pautan di bawah ini :

RIBUT DI PORT DICKSON : RENUNGAN BUAT DIRI YANG LALAI
http://lobai-kampung.blogspot.com/2011/07/ribut-di-port-dickson-renungan-buat.html
  

RIBUT LUAR BIASA SAMBUT ROSMAH DAN NAJIB KE PD ?
http://chegubard.blogspot.com/2011/07/ribut-luar-biasa-sambut-rosmah-dan.html 

PERBARISAN ATM-PDRM DAN HUJAN RIBUT
http://adampelik.blogspot.com/2011/07/perbarisan-atm-pdrm-dan-hujan-ribut.html  
                        
MAKSIAT DI NEGERI SEMBILAN MENGUNDANG BALA
http://amkns.blogspot.com/2011/06/maksiat-di-negeri-sembilan-mengundang.html  

ISLAM MAKIN TERPINGGIR DI N.SEMBILAN, MAKSIAT MAKIN BERLELUASA
http://amkns.blogspot.com/2011/02/islam-makin-terpinggir-di-nsembilan.html  
                                                        
Ribut landa PD
Sinar Harian 31 Julai 2011 

PORT DICKSON – Hujan lebat dan angin kuat yang berlaku sekitar kira-kira 11 
pagi semalam mengakibatkan banyak pokok tumbang dan menghalang lalu lintas.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, pokok tumbang menghempap kenderaan yang di 
parkir di bawahnya, malah ada yang menimpa rumah dan mengakibatkan kerosakan 
teruk. Bumbung beberapa rumah dan bangunan banyak diterbangkan angin kuat 
berkenaan sementara beberapa kawasan rendah juga dinaiki air serta berlaku 
banjir kilat.

Dalam pada itu, kejadian hujan berterusan hampir dua jam itu mengakibatkan 
beberapa orang cedera dan dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk rawatan 
lanjut.

Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Abd Wahab Shamsuddin 
berkata, MPPD mengerahkan petugas terlibat untuk menggerakkan kerja pembersihan 
terutamanya di kawasan tumpuan ramai seperti jalan raya dan kawasan pantai.

“Petugas daripada Majlis Perbandaran Seremban (MPS) juga disalurkan untuk 
membantu mempercepat kerja pembersihan dilakukan MPPD,” katanya kepada Sinar 
Harian, di sini semalam.

Abd Wahab berkata, kerja pembersihan akan dilakukan secara berterusan dan 
memfokuskan dikawasan tumpuan ramai sebelum masuk ke kawasan perumahan dan 
perkampungan.

“Kerja pembersihan tidak dapat dilakukan serentak memandangkan kejadian 
seumpama ini adalah antara terburuk pernah berlaku dan membabitkan kawasan 
sangat luas di samping kekangan petugas.

“Bagaimanapun, kerja pembersihan akan dilakukan dengan segera bagi menjamin 
keselesaan orang ramai,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pengunjung, Siti Shamsiah Shaharuddin, 50, yang datang 
dari Pulau Pinang untuk melihat anaknya tamat latihan pada Majlis Tamat Latihan 
Perdana Siri 1/2011 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) semalam 
berkata, dia melihat kejadian bumbung di pentas utama padang kawat kaki Pusasda 
diterbangkan angin.

“Keadaan sangat kelam kabut ketika itu, masing-masing berlari menyelamatkan 
diri.

“Beberapa guruh kuat juga menakutkan ramai orang sebelum kejadian pokok tumbang 
dan menghempap beberapa kenderaan yang di parkir di kawasan padang,” katanya.

Dalam pada itu, seorang peniaga pasar malam di Batu 4, yang hanya mahu dikenali 
sebagai Azizah berkata, semua kuih-muih untuk dijual diterbangkan angin dan 
bertaburan di tanah.

“Kejadian berlaku dengan cepat dan tidak boleh berbuat apa-apa, mujur tidak 
berlaku sebarang kecederaan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9388276.asp  

ATM, PDRM cipta sejarah
Mingguan Malaysia 31 Julai 2011 

TELUK KEMANG 30 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, 
Perbarisan Tamat Latihan Perdana membabitkan dua pasukan keselamatan iaitu 
tentera dan polis buat julung- julung kalinya telah memahat satu sejarah 
penting dalam bidang keselamatan negara.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0731&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
  



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke