Kesian, kesian, kesian mualaf di Melaka ya, negeri majulah katakan. Dah 
sembilan tahun memeluk agama Islam masih lagi terpinggir. Sabarlah ye , mualaf 
di Melaka ye. Mana pergi duit zakat? JAKIM (JAmil KhIr baharoM agaknya) mungkin 
kata ini kes terpencil juga seperti laporan di bawah.

Orang Melaka tahu tak kisah benar bagaimana Bangunan Majlis Agama Islam Melaka 
dijual ke Taukeh Cina? Nak tahu ceritanya sila baca laporan pada pautan berikut 
http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html 

MUALAF HARAP DAPAT RUMAH SENDIRI

JASIN 8 Ogos 2011 - Entah di mana silapnya, seorang mualaf bersama isteri dan 
tiga orang anak terpaksa menumpang di rumah orang sejak memeluk Islam sembilan 
tahun lalu.

Keadaan itu memang menyukarkan Abdul Rahim Tan, 42, dan isterinya, Hoiriah Aman 
Chik, 36, serta anak-anak mereka untuk menjalani kehidupan sempurna sebagaimana 
keluarga lain yang mempunyai rumah sendiri. 

Lebih membuatkan Abdul Rahim tidak sanggup menanggung situasi itu, apabila dia 
dan keluarganya sudah menjadi ‘penumpang’ di rumah rakannya, Mohd. Yusuf 
Abdullah, 50, yang juga seorang mualaf lebih setahun yang lalu. 

Malah kata Abdul Rahim, permohonannya mendapatkan bantuan kediaman di bawah 
Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sejak setahun lalu, masih belum 
diluluskan pihak berkuasa.

“Sudah setahun saya menumpang hidup dengan Mohd. Yusof di Kampung Merlimau, 
namun persoalannya sampai bila saya dan keluarga harus menumpang di rumahnya?

“Kadang-kala terfikir untuk mencari rumah sewa yang lain tetapi memandangkan 
pendapatan saya sebagai pekerja kilang besi tidak cukup, saya terpaksa 
membatalkan hasrat itu'' katanya ketika ditemui semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0808&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm
 

KES LUAR BIASA DAN TERPENCIL - JAKIM
KUALA LUMPUR 7 Ogos - Dakwaan bahawa Baitulmal gagal berfungsi sehingga ada di 
kalangan umat Islam mendekati gereja untuk memperoleh bantuan adalah tidak 
benar sama sekali kerana badan itu sentiasa prihatin terhadap kebajikan ummah 
menerusi 28 skim bantuannya.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha 
berkata, agak mustahil bagi Jakim untuk terlepas pandang keluarga terlibat 
memandangkan pihaknya kini menggunakan sistem bersepadu dan seragam dengan 
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm
 

MEREKA YANG MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN DIMINTA DATANG TERUS KE JKM - SHAHRIZAT 
KUALA LUMPUR, 7 Ogos -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyeru mereka yang menghadapi masalah 
kewangan dan tidak mendapat pembelaan, agar datang terus ke Jabatan Kebajikan 
Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan.

Shahrizat berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar bahawa ada NGO 
berselindung atas nama kebajikan, aktif membantu warga miskin dan ibu tunggal 
Islam, sebelum memesongkan akidah mereka.
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=606504 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke