Kesian, kesian, kesian orang Melaka ya, negeri majulah katakan. Surau pun 
canggih, guna khemah untuk solat terutama solat Tarawaih pada bulan Ramadhan 
ini. Sabarlah ye , orang Melaka ye. Mana pergi duit zakat? JAKIM (JAmil KhIr 
baharoM agaknya) mungkin kata ini kes terpencil juga seperti laporan di bawah.

Orang Melaka tahu tak kisah benar bagaimana Bangunan Majlis Agama Islam Melaka 
dijual ke Taukeh Cina? Nak tahu ceritanya sila baca laporan pada pautan berikut 
http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html 

SOLAT DALAM KHEMAH KANVAS

Melaka 8 Ogos 2011 : Akibat ketiadaan surau, penduduk Taman Seri Putih di Bukit 
Rambai, dekat sini, terpaksa menunaikan solat tarawih sepanjang Ramadan ini di 
khemah kanvas yang didirikan sementara di taman permainan kawasan perumahan 
berkenaan.

Tinjauan, mendapati jemaah lelaki menunaikan solat dengan hanya berlantaikan 
papan, manakala wanita termasuk kanak-kanak pula berlapikkan kain kanvas. 
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Putih atau juga dikenali Taman Bukit 
Rambai Seksyen 2, Rasul Muhamad, berkata pihaknya terpaksa menggunakan khemah 
sementara itu kerana tidak mempunyai pilihan lain. 

Katanya, sebelum ini pihaknya ada mengemukakan permohonan untuk membina sebuah 
madrasah kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di 
situ, namun sehingga kini tidak menerima jawapan.

“Kami mengemukakan permohonan itu pada 2008, namun sehingga kini tiada 
jawapan,” katanya sambil melahirkan rasa kesal kerana terpaksa berdepan situasi 
itu bersama penduduk taman berkenaan sepanjang Ramadan ini.

“Sekarang ini kami buntu dan berharap jalan penyelesaian segera dapat diambil. 
Sekiranya tiada juga, bermakna kami akan terus bersolat tarawih di khemah 
sementara ini pada setiap tahun,” katanya.

Seorang penduduk taman ini, Saripah Talip, 37, berharap isu pembinaan surau 
atau madrasah di kawasan itu dapat diselesaikan segera bagi memastikan umat 
Islam di situ dapat beribadah dengan selesa.

“Sekarang ini kami sepakat untuk sama-sama menyumbang bagi melengkapkan 
kekurangan di sini seperti khemah, bekalan air dan juga elektrik bagi 
membolehkan penduduk mempunyai tempat untuk solat berjemaah sekali gus 
menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna,” katanya. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Solatdalamkhemahkanvas/Article 

KES LUAR BIASA DAN TERPENCIL - JAKIM
KUALA LUMPUR 7 Ogos - Dakwaan bahawa Baitulmal gagal berfungsi sehingga ada di 
kalangan umat Islam mendekati gereja untuk memperoleh bantuan adalah tidak 
benar sama sekali kerana badan itu sentiasa prihatin terhadap kebajikan ummah 
menerusi 28 skim bantuannya.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha 
berkata, agak mustahil bagi Jakim untuk terlepas pandang keluarga terlibat 
memandangkan pihaknya kini menggunakan sistem bersepadu dan seragam dengan 
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm
 

MEREKA YANG MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN DIMINTA DATANG TERUS KE JKM - SHAHRIZAT 
KUALA LUMPUR, 7 Ogos -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyeru mereka yang menghadapi masalah 
kewangan dan tidak mendapat pembelaan, agar datang terus ke Jabatan Kebajikan 
Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan.

Shahrizat berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar bahawa ada NGO 
berselindung atas nama kebajikan, aktif membantu warga miskin dan ibu tunggal 
Islam, sebelum memesongkan akidah mereka.
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=606504 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke