Bukan isu baru pihak gereja membantu orang Islam terutama orang Melayu yang 
kesempitan wang. Ianya isu yang lama, sejak dulu, kini dan harap tidak 
selamanya. Dalam kes Puan Nur di Seremban yang dibantu pihak gereja, masalahnya 
mana pergi duit Pusat Zakat N.Sembilan? Ingat lagi bagaimana kerajaan 
N.Sembilan pecah rekod buat rekod bubur lambuk pada bulan Ramadhan?

Juga apa pula cerita tanah milik Pusat Zakat Negeri Sembilan di tengah bandar 
Seremban didirikan bangunan Restoran Segera KFC ! Apakah terdapat kepincangan 
dalam pengurusan zakat di Negeri Sembilan?

Kisah NS Buat Rekod Bubur Lambuk Tapi Pinggir Orang Miskin di 
http://amkns.blogspot.com/2007/10/ns-buat-rekod-bubur-lambuk-tapi-pinggir.html 

Kisah KFC baru Seremban atas tanah Pusat Zakat di 
http://pasns.blogspot.com/2010/01/kfc-baru-seremban-atas-tanah-pusat.html 

Dalam tulisan Ustaz Hambali , pendakwah bebas terkenal dari Seremban, menurut 
beliau sesetengah ulama mengatakan bahawa jika masih terdapat fakir miskin yang 
tidak terbela maka sesungguhnya di sana pastinya terdapat sistem zakat tidak 
berfungsi dengan sempurna. Ulasan penuh beliau di 
http://hambalialorstari.blogspot.com/2011/08/nur-tiada-pilihan-isu-bantuan-gereja.html
 

NUR TIADA PILIHAN 
Harian Metro Ahad : 7 Ogos 2011

SEREMBAN: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang 
daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang 
mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan 
daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana 
menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan 
buasir.

“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya 
terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, 
saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di 
Ampangan, di sini, semalam.

Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti 
kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan 
berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.

“Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan 
saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.
“Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang 
kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama 
tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu.

Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia 
disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana 
permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya.

“Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja 
milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai.

“Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak 
gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya,” 
katanya.

Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah 
selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain.

“Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka 
berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak.

“Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, 
sedangkan saya beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk 
mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu.

“Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih 
sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Nurtiadapilihan/Article/index_html 





------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke