Kementerian Pelajaran dah jadi kementerian rojak dan caca merba agaknya. Guru-guru hanya boleh meluahkan perasaan mereka melalui surat dan forum di akhbar saja. Apakah Menteri, Pengarah Pelajaran dan Pegawai Pelajaran dah jadi PBB (Pekak, Bisu dan Buta)? Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) tak selesai kini masalah pengangguran di kalangan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
RINTIHAN BAKAL GURU 8 Ogos 2011 UMUM mengetahui bahawa seramai 13,000 guru GSTT akan diserap sebagai guru tetap. Bagi saya dan rakan-rakan yang bergelar Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(ISMP), kami mengucapkan tahniah kepada mereka. Walaupun sedikit cemburu, namun kami percaya kepada rezeki di tangan Tuhan. Kami masih sabar dan setia menunggu borang petempatan yang akan keluar entah bila dan waktunya. Laman web Kementerian Pelajaran sentiasa dilawat bagi memeriksa sama ada borang itu sudah keluar atau tidak. Namun hingga kini masih belum ada tanda-tanda bahawa Kementerian Pelajaran mengeluarkan borang tersebut dalam tempoh terdekat. Hal ini menyebabkan kami berasa gusar dan tertanya-tanya masih adakah peluang bagi kami, graduan ISMP untuk menjadi guru. Adakah kami yang mempunyai segulung ijazah dan ikhtisas dalam pendidikan ini telah dipinggirkan? Kami mengharapkan supaya pihak kementerian terbabit mengumumkan bilakah kami boleh mengisi borang petempatan dan bagaimanakah status nasib kami? INGIN TAHU Bagan Serai, Perak http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm SISTEM SAPS BANYAK MASALAH Berita Harian 6 Ogos 2011 SAYA bersetuju dengan komen oleh ‘Norhisham Mohamad, Alor Setar’ mengenai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) seperti disiarkan dalam ruangan ini pada 30 Julai lalu, bertajuk ‘kewujudan SAPS bebankan guru’. Idea mewujudkan sistem ini memang baik tetapi program ini susah untuk dicapai dan selalu terkeluar daripada talian dan ada banyak masalah lain. Sebagai guru yang terbabit dengan SAPS, saya sudah beberapa kali membuka sistem ini untuk memasukkan markah tetapi setiap kali markah mahu disimpan, sistem ini akan terkeluar dari talian. Saya terpaksa mengisi semula markah dan ini ia berlaku beberapa kali. Kami baru diperkenalkan dengan sistem ini pada 25 Julai lalu. Sudahlah kami hanya diberikan modul saja tanpa diajarkan sistem ini sepenuhnya. Sistem ini hanya boleh dibuka bila tidak ramai orang dalam talian iaitu, biasanya selepas jam 3 pagi. Kami terpaksa menunggu sehingga pagi semata-mata untuk mengisi markah ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun, menentukan nilai letak kerja (TOV) dan jangkaan hasil sasaran akhiran (ETR) setiap pelajar. Bayangkan, jika ada enam kelas yang markah pelajarnya perlu diisi dan setiap satu kelas pula ada 40 pelajar. Sebenarnya sebelum menggunakan sistem SAPS yang diambil dari Perak, guru menggunakan sistem yang diambil dari Johor. Malangnya, apabila sistem baru diperkenalkan kami terpaksa melakukan pengisian markah sekali lagi. Ini sangat membebankan kerana terpaksa melakukan perkara yang sama berulang kali. Yang peliknya semasa taklimat kami diberitahu bahawa semasa menggunakan SAPS, kami tidak boleh menekan butang ‘enter’ pada papan kekunci kerana akan mengganggu sistem. Ini adalah kali pertama saya mendengar satu sistem yang direka akan rosak jika tertekan butang ‘enter’. Masalah lain yang dihadapi ialah ada pelajar yang tiada dalam senarai kelas tetapi apabila didaftar, jawapan yang diterima ialah ‘pelajar telah didaftarkan’ tetapi jika telah didaftarkan kenapa nama pelajar tiada dalam senarai. Sebenarnya banyak lagi kelemahan lain dalam sistem ini. Sepatutnya pihak Kementerian Pelajaran terlebih dulu memastikan sistem yang ingin digunakan mestilah mudah dicapai pada bila-bila masa, cekap dan mesra pengguna. GURU TENSION, Kajang, Selangor. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SistemSAPSbanyakmasalah/Article **************** KEWUJUDAN SAPS BEBANKAN GURU Berita Harian 30 Julai 2011 Syabas diucapkan kepada Kementerian Pelajaran kerana memperkenalkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). SAPS memang ditunggu-tunggu sebagai pelengkap sistem peperiksaan sedia ada. Malangnya SAPS tidak membenarkan sistemnya berpadu dengan Sistem Maklumat Murid menyebabkan guru terpaksa memasukkan data pelajar. Bayang guru terpaksa bangun 4 pagi dan ke kafe siber. SAPS jelas hanya menambah beban guru di seluruh negara. NORHISYAM MOHAMAD, Alor Setar, Kedah. **************** MANY TEACHERS COMPLAIN OVER SLOW ONLINE SYSTEM The Star, Thursday August 4, 2011 PETALING JAYA: The school exams online data analysis system is not working out well as teachers complained that it was not user-friendly and slow. The system known as SAPS or System of Analysis for School Examination has caused frustration among teachers. Under the Education National Key Result Area (NKRA) initiative, teachers are required to submit the exam data online. Many teachers described the portal as “extremely slow” and not user-friendly. “The system often hangs due to heavy traffic. We are advised to use it late at night or early in the morning when the portal is less busy. “Why must the MOE punish the teachers? We need time to prepare our lessons at home,” one teacher said. The system has been developed to collect, store and analyse examination marks online for the Education Ministry, state education departments, education district offices and schools to access the data for analysis. The National Union of Teaching Union (NUTP) secretary-general Lok Yim Pheng said she had received many complaints from teachers in Selangor and Federal Territory. “It's not fair to the teachers because their normal routine has been affected. “MoE should have made sure it was ready for use. NKRA is supposed to solve problems and not create more problems for teachers,” she said. http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F8%2F4%2Fnation%2F9224912 ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

