Harap pihak yang berkaitan dapat menyiasat aduan di bawah ini :

Penipuan dan penindasan yang serius dikalangan penuntut Kolej Negeri 
Aduan Rakyat Online - 8 Ogos 2011 

Selamat petang dan selamat sejahtera. Berhubung perkara di atas saya sebagai 
salah seorang bekas pelajar di Kolej Negeri Chedang Campus (KNCC) ingin membuat 
aduan berkenaan sikap tidak bertanggungjawab kolej ini.

Selama tiga tahun pengajian pelbagai bentuk penipuan telah kami lalui. Bermula 
dengan surat tawaran masuk yang kononnya mengatakan kami akan ditaja oleh badan 
biasiswa kolej, malangnya hanya cuma janji palsu, diikuti dengan yuran 
pengajian yang sangat mahal iaitu RM3450 setiap semester tanpa dijelaskan 
secara terperinci berkenaan butir kegunaan pembayaran yuran (invois) tersebut.

Infrastruktur yang sangat menyedihkan dan turut membantutkan urusan 
pembelajaran, masalah pensyarah yang selalu tidak masuk kelas untuk mengajar, 
sangat kerap berlaku sepanjang semester malah terdapat begitu banyak subjek 
yang langsung tiada pensyarah untuk mengajar. 

Bahan rujukan kolej yang tidak diupdate dan sistem PNP yang tidak profesional 
menyebabkan kami ketandusan ilmu dan berasa cukup malu bila menempuh alam 
praktikal kerana apa yang sepatutnya kami pelajari sewaktu di kolej banyak yang 
tidak diajar.

Pengambilan pensyarah yang tidak bertauliah menyebabkan kami dilayan dengan 
teruk. Kami tidak menerima apa hak yang sepatutnya kami terima. Kolej negeri 
juga banyak menelan duit pelajar. Gaji pensyarah yang sangat bermasalah 
menyebabkan ramai kakitangan yang telah berhenti dan kami pelajar diabaikan.

Terlalu banyak lagi bentuk penindasan yang kami alami, walaupun tempoh 
pengajian sebenar hanya 3 tahun tetapi terdapat juga pelajar yang tidak dapat 
konvo pada waktu yang sepatutnya kerana pengurusan yang tidak profesional dari 
pihak kolej walaupun pelajar tiada sebarang subjek yang gagal. Hal ini 
menyulitkan pihak student yang ingin menyambung pengajian  ke peringkat yang 
lebih tinggi.

Bagi memperkukuhkan bukti aduan, pihak aduan rakyat bolehla melihat komen komen 
yang terkandung dalam link ini: 
http://www.kerjakosong.net/2009/06/jawatan-kosong-kolej-negeri.html 

Dengan ini saya sangat memohon kerjasama dari pihak tuan/puan untuk menyiasat 
dengan lebih lanjut perkara di atas supaya kebajikan pelajar di kolej negeri 
kembali terpelihara. sekian.

By: nana

http://www.aduanrakyat.com.my/penipuan-dan-penindasan-yang-serius-dikalangan-penuntut-kolej-negeri
 

Beberapa aduan berkaitan Kolej Negeri di Seremban sebelum ini di 
http://pasns.blogspot.com/2011/07/apa-yang-tidak-kena-dengan-kolej-negeri.html 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke