Sudah pasti rakyat dan kerajaan Perancis akan marah dengan berita ini. Wanita 
rakyat Perancis telah dibunuh di Pulau Tioman. Para pelancong asing dan 
tempatan pasti akan risau untuk melancong di Malaysia dengan jenayah yang 
semakin kejam di Malaysia ini.

RANGKA WANITA PERANCIS DI GUA
9 Ogos 2011 

KUANTAN - Wanita Perancis yang hilang tiga bulan lalu selepas melancong ke 
Pulau Tioman dekat sini ditemui dibunuh kejam dengan mayat mangsa ditanam dalam 
sebuah gua di Kampung Tekek di pulau peranginan itu semalam.

Mayat Stephanie Foray, 30, yang belum berkahwin ditemui pada pukul 1 petang 
oleh polis ekoran penahanan dua lelaki warga tempatan di Kampung Tekek pada 24 
Julai lalu.

Mayat mangsa ditimbus dalam lubang di gua itu sedalam tiga meter dan polis 
mengambil masa empat jam untuk mengeluarkan rangka dipercayai milik Stephanie.

Seorang daripada suspek itu merupakan seorang ahli perniagaan berumur 44 tahun 
yang memiliki sebuah pondok ala inap desa dan sebuah kafe manakala seorang lagi 
suspek merupakan sepupu kepada ahli perniagaan itu.

Mengikut laporan sebuah akhbar sebelum ini, mangsa tiba di pulau itu dengan 
feri pada 10 Mei lalu melalui jeti Mersing di Johor dan didakwa tinggal di 
pondok milik ahli perniagaan itu.

Sejak masuk ke pulau itu, tiada rekod menunjukkan mangsa meninggalkan pusat 
peranginan tersebut sama ada melalui jalan air atau udara.

Berikutan itu, polis melancarkan gerakan mencari mangsa selepas menerima 
laporan daripada atase Perancis di Singapura mengenai kehilangannya pada 27 Jun 
lalu.

Mengikut satu sumber, Stephanie sebelum ini kerap berhubungan dengan 
keluarganya di Perancis melalui e-mel. 

"Namun selepas keluarga mangsa tidak menerima kiriman e-mel mangsa dalam tempoh 
yang lama, mereka membuat laporan kepada atase Perancis di Singapura," kata 
sumber itu.

Polis kemudian menghebahkan kehilangan mangsa yang bekerja sebagai pegawai 
komunikasi di Perancis melalui Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Siasatan polis kemudian membawa kepada penahanan suspek pertama, seorang ahli 
perniagaan. Lelaki itu ditahan selepas polis berjaya mengesan penggunaan 
telefon bimbit milik mangsa oleh suspek terbabit.

Beberapa hari selepas penahanan ahli perniagaan itu, polis kemudian menahan 
sepupu kepada suspek pertama itu yang memiliki sebuah kebun.

Suspek pertama didakwa penduduk kampung pernah menaiki motosikal bersama 
Stephanie.

Sumber itu memberitahu, soal siasat terhadap kedua-dua suspek itu membawa 
kepada penemuan satu rangka manusia ditimbus dengan batu-batan di dalam sebuah 
gua di kampung tersebut. Jarak gua dengan pondok didiami mangsa ialah 100 meter.

Turut ditemui bersama rangka dipercayai milik Stephanie adalah sebuah bantal 
dan tilam serta cebisan pakaian.

Mangsa dipercayai dibunuh tiga bulan lalu ketika dia tinggal di pondok milik 
suspek pertama.

Mayat mangsa kemudian ditimbus dalam gua di belakang tempat pondok tersebut.

Motif pembunuhan masih disiasat. Polis juga menyiasat kemungkinan mangsa 
dirogol oleh kedua-dua suspek itu. 

Mangsa dikatakan tiba di ibu negara pada 5 Mei lalu dengan sebuah penerbangan 
dari Colombo, Sri Lanka ke Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Kuala 
Lumpur.

Selepas itu, mangsa pergi ke Melaka dan pernah menginap di Sayang Sayang Guest 
House, Kampung Hulu, Melaka.

Sementara itu, sumber Kedutaan Perancis di Malaysia ketika dihubungi berkata, 
pihaknya belum menerima sebarang maklumat terkini mengenai Stephanie.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0809&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke