Kesian graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang pinjam PTPTN. 
Dapat ijazah perguruan tapi tiada peluang kerja jadi guru. Kena cari kerja 
bukan bidang perguruan. Kalau nak jadi guru juga kena buka sekolah sendiri 
agaknya. Sibuk dengan kes di UNISEL rupa-rupanya anak-anak Melayu graduan UPSI 
teraniaya. 

Kepada sesiapa yang berhajat untuk masuk UPSI dengan pinjaman PTPTN atau dengan 
biasiswa selain Kementerian Pelajaran, baik tak payah.

MALANG NASIB GRADUAN UPSI

Saya adalah bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong 
Malim. Perak. Pada 26 hingga 30 Julai 2011, UPSI telah mengadakan Istiadat 
Konvokesyen ke-13 dan saya adalah salah seorang pelajar yang menerima ijazah 
pada hari itu.

Malangnya, kegembiraan saya dan kebanyakan rakan lain pada hari itu tidak 
seberapa kerana UPSI tidak telus dengan kami, ibu bapa kami dan juga masyarakat 
luar. Sepanjang istiadat berlangsung, kesemua ucapan yang diberikan oleh pihak 
pengurusan UPSI membayangkan seolah-olah kesemua kami akan keluar dan menjadi 
guru seperti kebiasaannya.

Hakikatnya, hanya pelajar-pelajar di bawah tajaan Kementerian Pelajaran 
Malaysia (KPM) sahaja yang akan ditawarkan jawatan guru. Kami yang selebihnya 
dikategorikan sebagai graduan UPSI Pasaran Terbuka. Dengan lain perkataan, kami 
tidak akan ditawarkan secara terus menjadi guru tetapi perlu mencari pekerjaan 
lain di luar sana selain guru.

Rata-rata kami belajar dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi 
Nasioanl (PTPTN) dan bukannya tajaan KPM. Setelah bertahun-tahun belajar dan 
ribuan wang dihabiskan untuk belajar di UPSI sebagai bakal guru, kami disuruh 
mencari pekerjaan lain. 

Tambah buruk lagi UPSI sendiri ingin lepas tangan dan menyembunyikan hal ini 
daripada ibu bapa yang hadir pada istiadat konvokesyen yang lalu. Perbuatan 
sebegini, sungguh tidak bertanggungjawab. Ternyata UPSI seperti bermain wayang 
dan membuat kami serta masyarakat percaya bahawa setiap pelajar mereka adalah 
bakal guru. 

Perasmian Muzium Pendidikan Nasional di dalam kampus UPSI baru-baru ini juga 
adalah helah UPSI untuk membuat masyarakat terus percaya bahawa UPSI masih 
merupakan tempat latihan bakal guru sedangkan sebenarnya pelajarnya disuruh 
mencari pekerjaan lain di pasaran terbuka. 

Jika dilihat dari sudut utama pameran ketika pelancaran, ia tidak langsung 
berfokus kepada tokoh-tokoh guru dan pendidik nasional. Perasmian Muzium 
Pendidikan Nasional UPSI sekadar gimik supaya orang awam menyangka bahawa UPSI 
masih lagi melatih bakal guru. 

Kenyataannya, UPSI gagal membuat sebarang perjanjian muktamad dengan 
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menjamin tempat kesemua graduannya sebagai 
bakal guru. Wajarkah kami yang belajar dengan sukatan pelajaran menjadi seorang 
bakal guru di UPSI disuruh mencari kerja lain sedangkan wang kami telah habis 
dibelanjakan untuk UPSI? Masanya sudah tiba untuk masyarakat perlu sedar bahawa 
UPSI tidak lagi seperti dahulu.

Setidak-tidaknya, kami mengharapkan ada sedikit rasa tanggung-jawab di pihak 
UPSI khususnya Naib Canselor UPSI, menjelaskan hal ini kepada ibu-bapa kami 
ketika berucap dalam istiadat konvokesyen yang lalu.

Kecewa rasanya bila beliau juga berucap seolah-olah kami sudah dijamin untuk 
mendapat jawatan guru. Tidakkah ibu-bapa kami perlu tahu akan hal ini setelah 
mereka juga membelanjakan banyak wang kepada UPSI? Kebanyakan mereka adalah 
orang kampung yang masih percaya bahawa bila anak mereka masuk UPSI, pasti akan 
jadi guru. 

Kesal rasanya menjadi graduan UPSI. Lebih baik jika kami belajar di universiti 
lain yang sememangnya khusus untuk pasaran terbuka dengan peluang mendapat 
pekerjaan bukan guru yang lebih cerah.

Jika masih berminat untuk jadi guru, graduan universiti lain masih boleh 
memohon Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) tajaan KPM dengan masa depan 
lebih terjamin. Takkan UPSI mahu kami graduan UPSI mengikuti kursus DPLI juga 
semata-mata untuk dapat jawatan guru? Apa faedahnya kami belajar di UPSI jika 
itu yang perlu kami lakukan nanti?

Apapun, kami sudah tamat belajar di UPSI tanpa sebarang jaminan untuk jadi 
guru. Nasi sudah jadi bubur. Kami sudah tidak dapat menebus kembali wang dan 
masa pengajian kami yang telah hilang. Untuk mencari kerja lain dengan hanya 
kemahiran menjadi guru yang kami ada, bukan satu perkara mudah. 

Kepada semua pelajar UPSI amnya dah Majlis Perwakilan Pelajar UPSI khususnya, 
harap bangun daripada mimpi anda.

Kepada bakal lepasan sekolah yang berminat untuk jadi guru, ingatlah bahawa 
UPSI tidak lagi menjanjikan sebarang jawatan guru untuk graduannya seperti 
dulu. Anda adalah bakal graduan untuk pasaran terbuka. Jangan keliru UPSI 
dengan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Untuk UPSI pula, gugurkan saja perkataan "Pendidikan" pada namanya supaya 
masyarakat sedia maklum bahawa graduan UPSI adalah graduan pasaran terbuka 
seperti lain-lain universiti. Itu lebih bagus daripada terus mengelirukan 
masyarakat. 

GRADUAN KECEWA
Tajung Malim, Perak

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke