ALOR SETAR, 10 Ogos 2011. Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dari Felcra 
Lubuk Sireh, Padang Besar, Perlis, koma sejak empat hari lalu selepas terjatuh 
daripada motosikal, didakwa berpunca akibat dibaling dengan topi keledar oleh 
anggota polis yang cuba menahannya pada malam minggu lalu. 

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, Mohd Solihin Che Kassim sedang 
menunggang motosikal bersama rakannya di perkampungan itu apabila dua anggota 
polis yang melakukan rondaan cuba menahannya tetapi mangsa dikatakan tidak 
berhenti. 

Tindakan remaja itu menyebabkan seorang daripada anggota polis terbabit 
membaling topi keledar ke arah motosikal mangsa yang menunggang tanpa memakai 
topi keledar, menyebabkan dia terjatuh. Bapa mangsa, Che Kassim Darus, 47, 
berkata ketika kejadian dia sedang solat terawih di surau kampung itu apabila 
diberitahu anaknya cedera kerana terjatuh motosikal dan bergegas ke lokasi 
kejadian. 

Katanya, sebaik tiba di situ, dia mendapati Mohd Solihin yang juga anak kedua 
daripada sembilan beradik dan tidak lagi bersekolah terbaring tidak sedarkan 
diri dalam keadaan berlumuran darah serta belakang kepalanya bengkak. 

Beliau berkata, rakan anaknya memberitahu dua anggota polis yang melakukan 
rondaan di situ membaling topi keledar ke arah motosikal Mohd Solihin, 
menyebabkan dia hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh. 

“Saya kesal dengan kejadian ini dan jika anak saya melakukan kesalahan, polis 
boleh mengambil tindakan lain dan bukan membahayakan nyawanya. 

“Kami sekeluarga sedih kerana dia masih koma, sedangkan tidak lama lagi 
Aidilfitri akan menjelma,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah 
(HSB), di sini, semalam. 

Berikutan kejadian itu, Che Kassim membuat dua laporan di Balai Polis Kaki 
Bukit dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar. 

Beliau turut menafikan anaknya berlumba haram atau lari daripada sekatan polis 
ketika kejadian itu.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Remajakomadibalingtopikeledar/Article
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke