Tiada lagi elaun perpindahan bagi Cikgu ! oleh Chegubard. 
10 Ogos 2011 - Banyak pendedahan pembaziran wang negara telah didedahkan. Dari 
ketirisan dalam perbagai sektor dan perbagai peringkat hinggalah kepada 
pembaziran Keluarga Perdana Menteri Malaysia itu sendiri. 

Namun rakyat dibawah terus diarah berjimat. 

Terbaru che'GuBard mendapat email dari teman-teman yang pernah sama sepengajian 
yang masih berkhidmat sebagai pendidik. Mereka mengeluh kerana mereka menerima 
perbagai tekanan. 

Sudahlah perbagai peruntukan untuk sekolah dipotong. 

Ketika dikhabarkan RM111 juta diperuntukan untuk program PERMATA milik Imelda 
Rosmah tetapi sekolah bantuan penuh kerajaan yang sepatutnya menjadi tempat 
utama pendidikan rakyat telah dipotong perbagai peruntukan dan diarahkan 
berjimat. 

Terbaru kelompok guru ini telah didera dengan 'dihilangkan' elaun perpindahan 
buat mereka. 

Bayangkanlah guru-guru ini yang semenjak habis pengajian terus dengan rela 
dicampakkan ke pendalaman sejauh Borneo tetapi setelah ada yang lebih 12 tahun 
di sana dan apabila bertukar ke Semenanjung tidak diberi sebarang elaun untuk 
pindah. 

Ada yang sudah bekeluarga dengan anak yang ramai, sudah punya kenderaan dan 
berapakah perbelanjaan untuk memindahkan keluarga besar ini ke Semenanjung ? 

Menurut teman - teman yang menyatakan keluhan mereka mahu semua faham selalunya 
kalau pun diberi elaun perpindahan ini mereka masih perlu menambah dengan duit 
sendiri. 

Elaun perpindahan ini sebenarnya pun tidak pun cukup tetapi bererti besar dalam 
membantu perpindahan khususnya bagi mereka yang telah lama di pendalaman Sabah 
dan Sarawak. 

Regim ini semakin tidak berpijak di bumi nyata. Rakyat terus disuruh berjimat 
tetapi mereka diatas terus bermewah. Ketika Imelda Rosmah bermewah rakyat 
terhimpit semakin payah. 

Kepada teman-teman yang masih berkhidmat sebagai guru. Regim ini terlalu yakin 
semua guru takut dengan perubahan ayuh bersama kayuh perubahan demi negara. 

Kuasa ditangan anda. Daftarkan diri sebagai pemilih dan lalukan perubahan 
dengan berani demi diri kita dan masa depan negara. 

Sumber : 
http://chegubard.blogspot.com/2011/08/tiada-lagi-elaun-perpindahan-bagi-cikgu.html
 

Kementerian Pelajaran dah jadi kementerian rojak dan caca merba agaknya. 
Guru-guru hanya boleh meluahkan perasaan mereka melalui surat dan forum di 
akhbar saja. Apakah Menteri, Pengarah Pelajaran dan Pegawai Pelajaran dah jadi 
PBB (Pekak, Bisu dan Buta)? Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) tak 
selesai kini masalah pengangguran di kalangan Graduan Ijazah Sarjana Muda 
Pendidikan. 

Antara luahan guru - guru di media setelah Kementerian gagal mendengar : 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm
 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SistemSAPSbanyakmasalah/Article 

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F8%2F4%2Fnation%2F9224912




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke