Ramadhan 1432 H / 2011 M pada kali ini negara kita ditimpa pelbagai bencana 
alam. Ribut luar biasa yang menerbangkan khemah-khemah di bazar Ramadhan 
seluruh negara , hinggalah kejadian tanah runtuh di Pahang. Semua ini adalah 
ketentuan Allah Yang Maha Esa. 10 hari Ramadhan telah berlalu, siapa boleh 
jamin kita masih hidup hingga akhir Ramadhan untuk berhari raya? 

Buatlah semua yang Allah suruh, tinggalkan semua yang Allah larang. 

Kisah sebelum ini yang berlaku dua hari sebelum Ramadhan iaitu Bala melanda 
Port Dickson, jadikan sebagai iktibar di 
http://waghih.blogspot.com/2011/08/bala-melanda-port-dickson-jadikan.html 

3 KHEMAH BAZAR DIPUKUL RIBUT

JEMPOL 10 Ogos 2011 - Peniaga bazar Ramadan berhampiran pusat perniagaan Kiara, 
Bahau dekat sini melalui detik-detik mencemaskan apabila tiga daripada 12 
khemah yang menempatkan gerai mereka roboh dipukul ribut petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika bazar tersebut dipenuhi orang 
ramai yang sedang membeli juadah berbuka puasa di situ.

Ribut dan angin kencang itu menyebabkan beberapa peniaga mengalami kerugian 
akibat pelbagai makanan jualan seperti lauk-pauk, kuih-muih serta minuman 
musnah.

Seorang peniaga, Mohd. Nazri Ali, 29, berkata, ketika kejadian, dia bersama 
beberapa pekerja sedang melayan pelanggan yang datang ke gerai untuk membeli 
minuman.

"Pada mulanya hujan turun dengan lebat dan diikuti angin yang kuat. Melihat 
keadaan itu, saya mula menutup barang jualan saya kerana takut terkena air 
hujan.

"Tiba-tiba, angin kencang melanda lalu memukul khemah peniaga di hadapan. Ia 
menyebabkan khemah diterbangkan lebih kurang lima meter," katanya.

Menurutnya, kejadian itu berlaku begitu pantas ketika para peniaga sibuk 
menjual makanan dan minuman mereka.

Tambahnya, keadaan ketika itu sangat cemas menyebabkan peniaga dan pengunjung 
lari menyelamatkan diri.

Sementara itu, pengunjung, Alwi Alias, 39, terkejut semasa tiba di bazar 
berkenaan selepas kejadian ribut itu apabila mendapati keadaan lintang-pukang 
di situ.

"Makanan dan minuman yang dijual peniaga musnah dan bertaburan di jalan. 
Kejadian yang sama juga berlaku di hadapan pusat perniagaan Billion di Bahau," 
katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke