Memang kerja gila kalau betullah Malaysia nak ganti jet pejuang MIG-29N dengan 
jet Typhoon. Sedangkan Tentera Udara Britain (RAF) sekarang ini menghadapi 
masalah untuk cari alat ganti jet Typhoon yang mereka gunakan untuk menyerang 
Libya. Apa RAF buat ialah mereka leraikan jet-jet pejuang ini untuk dijadikan 
alat ganti. 

Bekas panglima Tentera Udara Britain menggelarkan Typhoon ini sebagai LEMBU 
kerana ianya jet yang terlampau mahal dan amat tidak sesuai digunakan di ruang 
udara luar Britain. Harga sebuah jet Typhoon mencecah RM 700 juta.

MALAYSIA BOLEH !

Adakah kes pembelian jet pejuang Skyhawk TUDM yang banyak tersadai di padang 
pasir Amerika Syarikat akan berulang?

RAF STRIPS JETS FOR SPARE PARTS: TYPHOONS TORN UP FOR LIBYA AIR FLEET

The RAF is tearing apart state-of-the-art fighter jets for spare parts to keep 
warplanes flying over Libya. Three Typhoons, costing £125million each, are 
being cannibalised at RAF Coningsby in Lincolnshire to cover a desperate 
shortage of parts. This means three jets had to be grounded in March so RAF 
technicians could raid them to keep the maximum number of Typhoons in the air. 

Commander Nigel ‘Sharkey’ Ward, decorated for flying Harrier jump jets during 
the Falklands war, said: ‘The Typhoon is an astronomically expensive aircraft 
that is ill-suited to any role outside UK airspace. ‘It is essentially a very 
expensive RAF sacred cow.’
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2003979/RAF-strips-jets-spare-parts-Typhoons-torn-Libya-air-fleet.html
 

KERAJAAN PERTIMBANG GANTI MIG-29N DENGAN EUROFIGHTER TYPHOON 
Isnin Julai 25, 2011 

KOTA TINGGI: Kerajaan sedang menimbang untuk menggantikan sepenuhnya pesawat 
MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan pesawat tempur 
pelbagai guna (MRCA) Eurofighter Typhoon buatan empat buah syarikat aeroangkasa 
Eropah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata TUDM pada ketika 
ini memiliki 10 buah MiG-29N yang dibeli pada 1990-an dan khidmat jet pejuang 
buatan Rusia itu perlu ditukarkan.

Beliau berkata kementeriannya sedang membuat uji nilai jet pejuang Eurofighter 
Typhoon yang mempunyai kelajuan 2 Mach, merangkumi kemampuan sistem teknikal 
dan persenjataannya yang canggih.

"Memang diakui Eurofighter Typhoon, sebuah pesawat tempur yang terbaik namun 
harganya yang mahal membuatkan kita perlu membuat uji nilai secara terperinci. 
Bagaimanapun ia bergantung kepada kemampuan kewangan negara," katanya kepada 
pemberita selepas majlis penutup Karnival Jom Masuk UMNO anjuran Biro Keahlian 
dan Daftar Pemilih UMNO Tenggara di sini Ahad.

Pada ketika ini, pesawat Typhoon yang berukuran panjang 15.96 meter dan 
berkemampuan untuk terbang melebihi 60,000 kaki digunakan oleh Tentera Udara 
Diraja British, Itali, Austria, Sepanyol dan Jerman.

Pesawat yang berkemampuan membawa pelbagai jenis peluru berpandu udara ke udara 
atau udara ke darat dibina secara kerjasama oleh BAE Systems (Britain), 
EADS-Military Aircraft (Jerman), Alenia Finnmeccanica (Itali) dan EADS-CASA 
(Sepanyol).

Menteri Pertahanan itu juga berkata, cadangan pembelian tersebut juga tertakluk 
kepada tawaran timbal balik yang diberikan oleh syarikat pengeluar seperti 
pemindahan teknologi dan tempoh bayaran.

"Kita tengok jika dapat tawaran terbaik dari mana-mana negara atau syarikat 
pengeluar yang boleh beri harga yang munasabah maka kita akan pertimbangkan 
untuk pembelian MRCA tersebut. Itupun setelah mendapat pengesahan daripada Unit 
Perancang Ekonomi dan Kementerian Kewangan," katanya lagi.

Beliau berkata pihaknya turut membuat uji nilai terhadap jenis pesawat MRCA 
lain yang berada di pasaran termasuk Sukhoi SU-35 buatan Rusia, FA-18 Super 
Hornet dari Amerika Syarikat dan JAS Gripen buatan Sweden.

Ditanya tentang kenyataan negatif segelintir penulis blog pembangkang mengenai 
pembelian jet pejuang tersebut, beliau berkata, ia bertujuan merendah-rendahkan 
kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).- BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/7/25/mstar_berita/20110725091727&sec=mstar_berita
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke