Berikut sebahagian komen guru-guru di di laman web Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan mengenai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang banyak menyusahkan para guru hingga ada yang duduk kafe siber sampai jam 4 pagi. Tak tahulah Menteri Pelajaran atau Pengarah Pelajaran tahu wujud laman web Jabatan Pelajaran tersebut.
MAKLUM BALAS PENGGUNAAN SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS) Sebarang pandangan/ cadangan berkaitan SAPS boleh diajukan melalui laman sesawang ini dengan mengklik pautan Komen anda di bawah. -1 #20 Sengal 1. Perlu tingkatkan kelajuan semasa mengakses ke server atau database. Ikut pengalaman semua moe punya database LEMBAB. 2. Sebelum nak run sesuatu program tu buang la data yang tak pakai.. banyak nama cikgu dan murid dari negeri perak.. -1 #16 azlan 2011-07-06 04:37 Guru bukan bekerja 24 jam mengadap komputer. Data-data yang berlambak perlu dihantar perlu di isi di dalam program khas, perlu juga di email, perlu juga di cetak secara hard copy, perlu juga di save di dalam disket dan dihantar sekali. Sekarang perlu juga diisi pula secara online. Satu lagi kerja bertambah.Tidakkah ini menyusahkan guru. Mohon apa-apa tindakan atau dasar yang dibuat perlukah mengambil kira beban guru2 di sekolah. Contohnya guru perlu mengisi di dalam SAPHC sekarang perlu sekali lagi mengisi di dalam SAPS. Itu belum dikira perlu mengisi di dalam SAPHC khas untuk murid STF dan SBT. Kerja yang sepatutnya memudahkan dengan adanya sistem online menyusahkan kerana terpaksa mengisi banyak kali kerana sistem yang belum stabil dan selalu "hang" dah log out sendiri. Saya meminta jasa baik pihak jabatan mahupun ppd jangan membebankan guru yang sedia banyak kerja-kerja hakiki yang perlu di siapkan dengan tugas2 mengisi data yang menyusahkan. Pastikan SAPS betul2 stabil sebelum mengarahkan guru2 mengisi atau meggunakannya. Beban guru bertambah. Satu perkara perlu diisi terlalu banyak kali. 3 #7 aishah 2011-06-30 02:03 1. kerap keluar sistem setiap kali pengguna menukar menu 2. kerap berlaku markah tidak disimpan. 3. kadang2 ada satu senarai markah 'hidden' dalam ruang markah. Markah2 perlu di hapuskan dulu, disimpan & barulah boleh masukkan markah baru. 4. jum markah pelajar tidak sama dengan jumlah pelajar w/pun telah dimasukkan dengan betul. Cth pelajar 5 org; ttp paparan menunjukkan jum pel 5; jum markah 5. Perlu peruntukkan 2 ID untuk SUP Dalaman. 6. perlu masukkan menu utk analisis MP bagi ting & perincian bg setiap kelas dlm satu paparan. 7. Ada kemudahan utk eksport slip keputusan ke Word bertujuan supaya guru2 kelas dpt menulis komen bagi setiap pelajar & dpt simpan dlm bentuk softcopy. 8. masalah dlm mendaftar MP. Guru MP mendaftar utk tassawur islam tetapi paparan yang kluar adalah tafsir ilmi. 9. adakan kemudahan bagi SU Peperiksaan menghantar maklumat kpd semua guru kelas & mp & ruang bagi guru-guru menghantar pertanyaan kpd SU Pep. Sumber : http://spmict.jpnns.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=149:maklumbalas-penggunaan-saps&catid=3:hebahan-dan-laporan&Itemid=50#comments ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

